Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Xi Jinping Anggap China-Malaysia Kawan Karib Dan Rakan Kongsi

Presiden China, Xi Jinping menegaskan hubungan China-Malaysia bukan sekadar diplomatik, tetapi berakar dari semangat persahabatan sejati yang saling menghormati dan menguntungkan kedua-dua negara.

Xi Jinping anggap Malaysia rakan karib

Memetik laporan daripada Bernama, Xi Jinping dalam ucapannya pada majlis makan malam rasmi anjuran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seri Perdana menyatakan komitmen untuk memperkukuh lagi kerjasama strategik dua hala.

“Kita adalah kawan karib serta rakan kongsi. Daripada segi politik, kita saling menghormati dan percaya antara satu sama lain.
“Daripada segi ekonomi, kita menikmati kerjasama yang saling menguntungkan. Daripada segi budaya, kita saling belajar dan mencergaskan antara satu sama lain,” katanya.

Xi Jinping

Xi Jinping tekankan kepentingn solidariti

Presiden China itu menekankan kepentingan solidariti rantau Asia dalam menghadapi cabaran global seperti unilateralisme dan proteksionisme, selain menolak konfrontasi blok yang dicetuskan oleh persaingan geopolitik.

“Bersama-sama, kita akan menjaga prospek cerah tanah air kita di Asia,” katanya.

China harap dapat kerjasama bina komuniti China-Malaysia

Beliau juga menyatakan pertemuan dengan Anwar berjalan mesra dan menghasilkan konsensus penting dalam pelbagai sektor.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Xi turut menyatakan hasrat untuk membina komuniti China-Malaysia berkualiti tinggi menjelang sambutan Jubli Emas hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

“China berharap dapat bekerjasama dengan Malaysia untuk membina komuniti China-Malaysia yang berkualiti tinggi, strategik dan berkongsi masa depan.” ujarnya.

Artikel lain: “Macam Mesyuarat Nak Kenakan AS” –Trump Sindir Lawatan Presiden China Ke ASEAN

Susulan daripada itu, beliau berharap hubungan erat ini dapat menyumbang kepada kestabilan, keamanan dan kemakmuran serantau serta global.

Difahamkan,  majlis berkenaan juga dihadiri barisan menteri kanan Malaysia termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd