Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Warga Baharu ATM Terus Nikmati Skim Persaraan, Tidak Terbabit Dengan SSPA

Warga baharu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus nikmati skim persaraan meskipun kerajaan memperkenalkan skim baharu pencen perkhidmatan awam, Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Memetik laporan Harian Metro, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata skim pencen perkhidmatan awam yang diperkenalkan kerajaan bermula tahun depan itu tidak akan membabitkan ATM.

Warga baharu ATM terus nikmati skim persaraan

Warga Baharu ATM Terus Nikmati Skim Persaraan

“Seperti diumumkan permulaan tahun depan apabila kakitangan (awam) baharu diambil tidak lagi ada pencen, tetapi ia tidak terpakai kepada mereka yang menyertai ATM.
“Begitu juga kelebihan mereka yang berkhidmat dalam ATM. Bagi yang bekerja dengan kerajaan apabila mereka bersara, mereka tidak ada jabatan untuk jaga mereka tetapi untuk angkatan tentera, ada Jabatan Veteran menjaganya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Angkatan Tentera Malaysia 2024 membabitkan 113 anak anggota ATM di Wisma Pertahanan pada Selasa.

Warga Baharu ATM Terus Nikmati Skim Persaraan

Majlis berkenaan adalah manifestasi penghargaan khas serta galakan untuk anak warga ATM yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia dilaksanakan setiap tahun bermula 1991 ini merupakan program inisiatif yang dikelolakan Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF), Jabatan Arah Pendidikan (JAP) ATM dan Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Yayasan LTAT sudah menyalurkan pemberian dan dermasiswa kepada lebih 14,000 ribu anak-anak warga ATM dengan peruntukan sebanyak RM12 juta sejak 1991.

Warga Baharu ATM Terus Nikmati Skim Persaraan

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata ekosistem kesejahteraan anggota pertahanan akan sentiasa ditambah baik dengan mengambil kira pengorbanan dan jasa mereka dalam mempertahankan negara terutama kebajikan perajurit negara termasuk daripada aspek perumahan dan pendidikan anak warga ATM.

Malah, beliau turut berkata pihaknya bukan sahaja memberi perhatian kepada keselesaan penempatan warganya tetapi keharmonian hidup warga ATM termasuk anggota keluarga yang merangkumi aspek pembangunan diri dan akademik anak warga ATM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Khaled Nordin, Duta Kuwait Bincang Hasrat Malaysia Beli Pesawat Tempur

Menurut Mohamed Khaled, antara usaha yang dilakukan adalah program tuisyen dalam talain secara percuma kepada semua calon SPM dalam kalangan anak ATM dijalankan bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Warga Baharu ATM Terus Nikmati Skim Persaraan

“Kini saya sedang mengusahakan supaya semua calon SPM kalangan anak warga ATM dibekalkan dengan sebuah unit Chromebook secara percuma.
“Selain itu, bagi memastikan program tuisyen percuma dan pembelajaran dalam talian menggunakan Chromebook ini berjalan lancar, Kementerian Pertahanan juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Kementerian Komunikasi.
“Kita mahu menyediakan perkhidmatan wifi dan internet yang menyeluruh di kem tentera,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro (Noor Hidayah Tanzizi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd