Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelajar Lebih Berdisiplin, Warden Veteran ATM Tekad Tangani Buli

Selepas hampir seminggu tiga warden yang juga bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditempatkan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau, perubahan ketara dapat dilihat pada tahap disiplin pelajar.

Warden veteran ATM tekad tangani buli

Memetik laporan BH Online, pendekatan warden tersebut menumpukan kepada rondaan berkala selain penyampaian nasihat secara tegas khususnya di asrama yang menempatkan hampir 600 pelajar lelaki dan perempuan.

Bagi veteran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang bertugas di Butterworth, Azrol Nizam Mohamad Rosli, 42, menyifatkan dirinya sebagai peramah dan mudah didekati, namun tetap tegas apabila melibatkan soal disiplin.

Warden Veteran ATM

Foto: BH Online

“Menerusi makluman pengetua dan guru, surau di sini sentiasa penuh dengan pelajar untuk bersolat jemaah termasuk pada waktu Subuh.
Ia menunjukkan nilai yang baik dan kami yakin lebih banyak perubahan positif akan dapat dilihat kelak walaupun matlamat utama kita mahu membanteras gejala buli.
“Ketika masih dalam pasukan tentera, saya sering melatih ‘anak buah’ dalam jumlah yang ramai dan jiwa mengajar itu kini masih ada serta yakin boleh mendidik pelajar ini dengan cara disiplin,” katanya ketika ditemu bual BH Online.

Artikel lain: UPNM Dicadang Rombak Pengurusan, Lantik Warden Dalam Kalangan Veteran ATM

Warden veteran ATM faham budaya asrama

Sementara itu, Noraziah Baharudin, 45, yang pernah berkhidmat di Markas 2 Divisyen, Kem Tun Razak, Bayan Lepas, berkata dia lebih mudah memahami budaya serta kehidupan asrama memandangkan dua anaknya turut bersekolah dan tinggal di asrama.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Warden Veteran ATM

Foto: BH Online

“Seorang daripada anak saya pernah menjadi mangsa buli dan menerusi kejadian itu, saya tekad bagi menghalang kejadian sama berlaku dalam kalangan pelajar di sini.
“Kejadian buli itu menyebabkan anak saya terkesan emosi, jadi tugas warden adalah bagi mengekang ‘budaya’ ini, ujarnya.

Terdahulu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, penempatan warden veteran ini adalah sebahagian projek rintis enam bulan bagi menangani isu buli yang menurutnya perlu dibanteras tanpa kompromi.

Sumber: BH Online (Zuhainy Zulkiffli)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd