Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Wanita Cederakan Teman Lelaki Ketika Hubungan Intim Ada Rekod Jenayah Lampau

Suspek wanita yang dilaporkan menikam kekasihnya ketika mengadakan hubungan seks secara terpaksa di Kuala Krai pada Isnin lalu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, suspek wanita tersebut berusia 28 tahun dan berasal dari Sungai Tong Setiu, Terengganu.

Foto: Google

“Suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula semalam sehingga 9 April ini,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial berhubung laporan penemuan mayat seorang lelaki dengan tiga kesan tikaman di perut yang dipercayai dilakukan teman wanitanya sendiri di hadapan tandas awam Dataran Lemang Manek Urai, Kuala Krai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berikutan penemuan mayat tersebut, Muhamad Zaki berkata bahawa pihaknya sudah menahan seorang wanita serta merampas pisau pemotong sayur yang digunakan dalam kes pembunuhan itu.

Beliau juga memberitahu hasil siasatan mendapati bahawa mangsa adalah seorang lelaki, berusia 45 tahun dan mempunyai beberapa rekod lampau berkait kes jenayah dan narkotik.

Foto: Facebook

“Hasil semakan rekod keatas mangsa mendapati, mangsa adalah seorang suspek berkait kes kurungan salah terhadap seorang wanita di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau turut melaporkan kematian mangsa disebabkan luka yang terdapat di bahagian perut kesan daripada tikaman yang menembusi abdomen dan terkena usus najis sekali gus mengakibatkan jangkitan kuman yang membawa kepada kematian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh orang yang boleh dikenakan hukuman penjara bagi tempoh antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali.

Sumber: Harian Metro (Hazira Ahmad Zaidi)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd