Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Wanita, Bapa Dibunuh Berpunca Daripada Cinta Ditolak

Polis mengesahkan kejadian pembunuhan dua anak beranak, iaitu seorang wanita dan bapanya berpunca daripada cinta ditolak dalam kejadian di Lengkok Angsana, Ayer Itam, Georgetown, Khamis lalu.
Memetik laporan Harian Metro, polis telah mengesahkan kematian mangsa, Siti Zulaila Zulkifli, 30,dan bapanya Zulkifli Ibrahim, 62, akibat luka tikaman pada dada dan perut.
Foto: Carian Google
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP).
“Bagaimanapun, mangsa yang berusia 30 tahun tidak berminat dengan suspek.
“Sebelum kejadian suspek juga dikatakan melakukan ugutan bunuh terhadap keluarga mangsa di kediaman mereka,” katanya.

Foto: Carian Google

Tambah beliau lagi, semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Kita masih menunggu laporan ujian darah bagi menentukan sama ada suspek terbabit atau tidak dengan pengambilan dadah.
“Status ujian dadah suspek juga masih belum disahkan kerana kita masih menunggu laporan ujian darah,” ujarnya lagi.

Foto: Harian Metro

Jenazah dua beranak itu selamat dikebumikan bersama dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kariah Tanjong Tokong pada Jumaat lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, suspek yang turut bertindak mengelar dan menikam dirinya beberapa kali kemudian dikejar ke HPP bagi rawatan lanjut.

Suspek yang juga pekerja pembersihan sebuah kilang di Kulim, Kedah yang bertindak menikam mati dua beranak tersebut direman selama tujuh hari.

Foto: MalaysiaGazette

Perintah reman terhadap lelaki berusia 32 tahun itu dikeluarkan Majistret Shyahirah Abdul Salim bermula hari ini sehingga 14 November depan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan terhadap suspek mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, sekurang-kurangnya enam kesan tikaman dikesan pada mayat kedua-dua mangsa.

Sumber: Harian Metro (Zuhainy Zulkiffli)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Mak, ini tiket umrah untuk mak…” Demikian kata mekanik dikenali sebagai ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’ yang tular di media sosial selepas menerima tajaan umrah...

Dunia

Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa menarik balik cadangan awal untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui laluan strategik Selat Melaka dan Selat...

Sosial

Kegigihan seorang pemuda dikenali sebagai Wan yang sanggup bekerja sejak usia 15 tahun demi membantu keluarga meraih perhatian ramai selepas kisahnya tular di media...

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd