Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tular Ikat Kasut Guna Getah, Wajah Tampan Pelajar Terima Bantuan Jadi Fokus Netizen

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa simpati warganet di media sosial.

Ikat kasut guna getah

pelajar Ikat kasut guna getah

Menerusi perkongsian di TikTok, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut telah memberikan sepasang kasut sekolah yang baharu kepada dua orang murid itu untuk memudahkan lagi mereka berdua dalam menuntut ilmu.

Menurut YDP PIBG SK Seri Wakaf Bharu merangkap Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), berkata, pihaknya mengambil inisiatif tersebut sebagai satu tindakan pantas menujukkan keprihatinan mereka dalam membantu pelajar yang memerlukan.

@majlistindakanrakyat

18 Januari 2026: Alhamdulillah sekali lagi daripada kisah “SEPASANG KASUT YANG DIIKAT DENGAN GETAH URAT” kami daripada MTRK berkesempatan menghadiah KASUT BARU kepada 2 orang murid di SK SERI WAKAF BHARU, TUMPAT. Terima Kasih tidak terhingga kepada Presiden MTRK merangkap YDP PIBG SK SERI WAKAF BHARU kerana sentiasa cakna dan bertidak pantas agar mereka ini dapat merasa memakai Kasut Baru di awal Persekolahan.#MTRK #majlistindakanrakyatkelantan #PrihatinRakyat #PeduliPendidikan #MTRKCaknaKomuniti

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ Thank You Allah (feat. Cat Farish & Ustaz Haris) – Alyah

“Alhamdulillah, kami daripada MTRK berkesempatan menghadiahkan kasut baharu kepada dua murid di SK Seri Wakaf Bharu, Tumpat.
“Terima kasih tidak terhingga kepada Presiden MTRK merangkap Yang Dipertua PIBG kerana sentiasa cakna dan bertindak pantas agar pelajar ini dapat memakai kasut baharu di awal musim persekolahan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Guru Besar sekolah berkenaan turut merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang telah memudahkan proses bantuan sekaligus memperlihatkan tahap keprihatinan yang tinggi dalam memastikan kebajikan pelajar sentiasa terjaga.

Meninjau ke ruangan komen, warganet meluahkan rasa terharu dan memuji kesungguhan pihak PIBG dan MTRK dalam membantu meringankan beban pelajar tersebut.

Malah ada juga wargamaya tertarik dengan ketampanan wajah salah seorang kanak-kanak tersebut yang dikatakan mempunyai wajah yang sangat tampan sehingga boleh dijadikan sebagai duta pakaian sekolah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Comel adik berdua

Nampak bijak

Boleh jadi model baju sekolah

Artikel lanjut: Beri Manfaat Lebih 5.2 Juta Murid, Agihan Bantuan Awal Persekolahan Bermula 13 Januari Ini – KPM

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 174,000 tontonan dan menerima lebih 7,600 tanda suka.

Sumber: TikTok majlistindakanrakyat

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd