Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Penyanyi Indonesia, Vidi Aldiano Meningga Dunia pada Usia 35 Tahun

Industri hiburan Indonesia dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi terkenal, Vidi Aldiano yang dilaporkan meninggal dunia pada petang Sabtu.

Vidi Aldiano menghidap penyakit kanser ginjal

Memetik laporan daripada detik.com, berita duka itu disahkan oleh Pengurus Artis Indonesia, Imarindo menerusi satu pesanan ringkas kepada media.

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un, Vivi sahabat kita telah kembali ke rahmatullah pada hari ini, Sabtu, 7 Mac 2026.
“Kami memohon doa agar segala dosa arwah diampunkan, amal ibadahnya diterima dan ditempatkan di sisi terbaik Allah SWT.
“Semoga keluarga Vivi terus kuat untuk menerima ujian ini,” katanya.

Vidi Aldiano hidap penyakit sejak 7 tahun lalu

Sebelum ini, Vidi dilaporkan menghidap kanser buah pinggang tahap tiga sejak tahun 2019.

Penyakit tersebut memaksanya menjalani pembedahan membuang sebahagian buah pinggang di sebuah hospital di Singapura selain rawatan susulan termasuk kemoterapi secara berkala.

Advertisement. Scroll to continue reading.

vidi aldiano

Artikel lain: Penyanyi indonesia, Tegar Septian Luang Masa Ziarah Pusara Zara Qarina

Penyanyi lagu Nuansa Bening itu juga jarang berkongsi tentang penyakit yang dihadapinya sehingga ramai menyangka beliau sudah pulih sepenuhnya sebelum ini.

Sumber: detik.com

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Dunia

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, melancarkan kempen ‘Thai Help Thai’ bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menurunkan harga lebih 3,000 barangan keperluan harian...

Sosial

Seorang Profesor dan Pakar Perunding Kanan Ortopedik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohd Yazid Bajuri, mencipta sejarah apabila menghasilkan kaki palsu mesra Muslim...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd