Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Van Sekolah Turun Dan Ambil Pelajar Dalam Keadaan Bergerak, Pemandu Ditahan Polis

Seorang pemandu van sekolah ditahan polis selepas rakaman video memaparkan kenderaan itu menurunkan dan mengambil pelajar dalam keadaan masih bergerak tular di media sosial.

Menurut kenyataan di Facebook Polis Daerah Kajang, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, video berkenaan dimuat naik ke Facebook sekitar jam 5.43 petang semalam sebelum menimbulkan kebimbangan orang ramai.

van

“Hasil semakan awal mendapati van tersebut menurunkan dan mengambil dua pelajar sekolah ketika kenderaan masih bergerak. Tindakan sebegini jelas membahayakan nyawa pelajar serta pengguna jalan raya lain,” katanya.

Beliau berkata, susulan maklumat itu, pihak polis berjaya mengesan dan menahan pemandu van berusia 59 tahun, seorang lelaki tempatan, untuk siasatan lanjut.

Artikel lain: Pemandu Bas Langgar Pokok Di UPM Kena Penjara Seminggu, Didenda RM8,000

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun serta denda antara RM5,000 hingga RM15,000, jika sabit kesalahan.

Polis turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat tambahan tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis terdekat atau pegawai penyiasat, Inspektor Ahmad Zahrein di talian 017-3818422.

van

Dalam kenyataan sama, Nazron mengingatkan semua pemandu agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya serta mengutamakan keselamatan ketika membawa kenderaan.

Sumber: Facebook @Polis Daerah Kajang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd