Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tak Ambil Sebarang Gaji, Ustaz Bidas Kariah Masjid Minta Potong Elaun Imam

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong.

Dalam video yang dikongsi Ustaz Firdaus, beliau menyatakan bahawa tidak mengambil sebarang gaji sejak mengambil alih jawatan pengerusi di masjid terbabit.

@masjidalbusyramerbok

part 2, potong gaji imam.. #LIVEhighlights #TikTokLIVE #LIVE #masjidalbusyramerbok #masjidmesramusafir #mesoratagung #liveinfak #CapCut

♬ original sound – Masjid Al Busyra Merbok – Masjid Al Busyra Merbok

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kariah masjid usul potong gaji imam

Kariah tersebut telah bangun bertanyakan soalan sewaktu sesi Question And Answer (QnA) kepada Ustaz Firdaus dengan menyatakan usul agar gaji imam yang mana dipegang oleh pendakwah bebas tersebut agar dikurangkan.

Jelas ustaz, dia sama sekali tidak mengambil gaji walaupun sedikit.

“Saya tidak ambil gaji. Saya sedikit pun tak ambil. Tuan-tuan boleh semak, saya tak ambil sekeping pun,” ujarnya.

Artikel lain: Makcik Cina Gigih Naik Tangga, Hulur Duit Masuk Tabung Masjid

Ustaz minta kariah masjid doakan perniagaan maju

Walaupun terlihat agak terkejut dengan usul tersebut, namun ustaz Firdaus kekal tenang dan menjelaskan perkara sebenar serta meminta supaya orang ramai mendoakan perniagaannya memandangkan tidak mengambil gaji sebagai imam.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya buat kerja ni, tuan-tuan doakan perniagaan saya maju sahaja,” katanya.

Ingat jadi imam senang ke?

Susulan daripada itu, pelbagai komen diterima di ruangan TikTok Masjid Al-Busyra apabila masing-masing berasa tidak puas hati dengan usul yang dinyatakan kariah masjid tersebut kerana seperti kurang senang dengan jawatan imam berkenaan.

Mereka juga mengatakan bahawa kehadiran Ustaz Firdaus di masjid tersebut telah memberi banyak perubahan berbanding sebelum ini yang agak sunyi dari kejadiran jemaah.

Padahal masjid tu sebelum ni sunyi kot

Macam dengki je pak cik tu?

kariah masjid

Jelaskan situasi sebenar di Kedah

Dalam hantaran di Facebook Ustaz Firdaus, dia ada membangkitkan isu elauan imam yang dianggap agak rendah dan minta pihak-pihak berwajib memikirkan semula bayaran tersebut kerana dilihat tidak wajar bagi seseorang yang berkhidmat menjaga masjid terbabit.

Semoga ada penyelesaian yang baik buat elaun imam dan juga mereka yang menguruskan masjid memandangkan tugas berkenaan bukanlah sesuatu yang mudah serta seharusnya dihargai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok Masjid Al-Busyra Merbok

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd