Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Ustaz Azhar Idrus Dilaporkan Semakin Pulih, Masih Perlukan Rawatan Lanjut

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebelum ini dilaporkan semakin sihat.

Menurut laporan BH Online, namun penceramah berusia 59 tahun masih ditempatkan di hospital tersebut kerana masih memerlukan rawatan lanjut.

Jurucakap Pertubuhan Fisabilillah Terengganu berkata, UAI enggan menerima sebarang ziarah daripada mana-mana pihak kecuali ahli keluarganya sekali gus mahu berehat.

https://www.facebook.com/ustazwansukairi4wakafmempelam/posts/pfbid0h8c4r9cM2CauS1mKr3fyws9o28FJr4n2FwtaeGs4tJNGfoRpENJWS3g4Du95aG92l

Advertisement. Scroll to continue reading.

Individu itu berkata, UAI yang juga Penaung Pertubuhan Fisabilillah Terengganu dimasukkan ke HSNZ pada tengah hari Selasa lalu disebabkan batuk dan lelah.

Jelasnya, batuk berterusan dialami penceramah berkenaan menyebabkan ketidakselesaan sewaktu menyampaikan kuliah sebelum ke hospital.

“Saya tidak pasti sama ada UAI menghidap masalah paru-paru dan penyakit lain. Menurut isteri dan anaknya, UAI dimasukkan ke hospital kerana batuk dan lelah.
“UAI yang masih memerlukan rawatan sudah dipindahkan ke wad kelas pertama HSNZ dan mohon sama-sama doakan agar Al-Fadhil Ustaz diberi kesembuhan dan kesihatan,” kata individu terbabit.

Sumber: BH Online (Zaid Salim), Facebook Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd