Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

UPSI Sedia Tanggung Kos Hantar Pulang Jenazah Nur Farah Kartini Ke Sarawak

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menzahirkan hasrat untuk membantu urusan penghantaran jenazah Allahyarhamah Nur Farah Kartini Abdullah, yang merupakan bekas penuntut di institusi berkenaan ke kampung halamannya di Miri, Sarawak.

Menurut satu laporan Sinar Harian, wakil pihak UPSI memaklumkan bahawa pihak pengurusan universiti akan menanggung segala kos pengurusan dan penghantaran jenazah itu nanti.

Foto: Sinar Harian

“Pihak pengurusan UPSI akan membantu meringankan bebanan keluarga mangsa menerusi sumbangan kos pengurusan penghantaran pulang jenazah arwah Nur Farah Kartini ke Miri, Sarawak.
“Bagaimanapun, perkara ini masih perlu menunggu keputusan daripada pihak waris sama ada akan dikebumikan di sini atau di Sarawak,” katanya.

Terdahulu, Nur Farah Kartini, pelajar cemerlang dengan memperoleh Purata Gred Nilai (GPA) 4.0 di UPSI yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan meninggal dunia di ladang sawit di Hulu Selangor.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Harian Metro

Mayat wanita berusia 25 tahun itu ditemukan pada jam 6 petang semalam dan dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Susulan penemuan mayat itu, polis telah menahan reman seorang suspek yang dipercayai teman lelaki mangsa selama seminggu bagi membantu siasatan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian (Mohamad Hisyamuddin Ayub)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd