Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tun Mahathir Dakwa Johor Yang Pertama Tandatangani Perjanjian Serah Negeri Kepada British

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Johor merupakan negeri pertama yang menandatangani perjanjian untuk diserahkan kepada British.

Menerusi satu hantaran di aplikasi X, Mahathir atau lebih dikenali sebagai Tun M berkata, perjanjian dengan wakil British, MacMichael itu masih mengekalkan Raja untuk mentadbir agama Islam dan adat istiadat Melayu.

Foto: Bernama

Menurut beliau, gabungan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dengan orang Melayu seluruh semenanjung tanah Melayu yang membantah perjanjian Malayan Union dan MacMichael itu telah menyebabkan ia terbatal.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Perjanjian itu dapat dibatalkan apabila orang Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu bergabung dalam satu pertubuhan yang dinamakan UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) dan membantah serta menolak perjanjian MacMichael dan Malayan Union.
“Demikianlah apabila semua orang Melayu dari semua negeri-negeri bergabung British terpaksa tunduk kepada tuntutan mereka.
“Tuntutan orang Melayu ialah Persekutuan Tanah Melayu mengganti Malayan Union,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Foto: The Malaysian Reserve

Dalam pada itu, Tun M turut menjelaskan bahawa Raja-Raja telah dikembalikan sebagai Raja Berperlembagaan (Constitutional Monarchy) dalam Demokrasi Berparlimen.

“Demikian sejarah. (Semua ini terdapat dalam verbatim report berkenaan Malayan Union keluaran British Archives),” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Makhkota Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini yang menyeru agar sistem Persekutuan direformasikan serta memberi layanan sebagai rakan kongsi kepada Johor dan bukan milik Malaysia.

Sumber: X @chedetofficial

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Sosial

Network School yang sebelum ini beroperasi di Forest City, Johor bakal melangkah ke fasa baharu apabila merancang membuka kampus baharunya di Kazakhstan menerusi kerjasama...

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd