Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tular Video Kasari Rakan, Empat Remaja 14 Tahun Ditahan Polis

Empat remaja lelaki berusia 14 tahun disahkan sudah ditahan polis selepas dipercayai membelasah seorang rakan mereka sehingga parah dalam kejadian di Residensi PRIMA Alam Damai, Cheras.

Mangsa dipukul sebelum video tular

Memetik laporan daripada Harian Metro, insiden itu kembali menjadi perhatian selepas rakaman kejadian tular di media sosial sejak semalam, memaparkan mangsa dipukul sebelum video berkenaan dikongsi secara meluas.

Ibu mangsa buat laporan polis

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud menyatakan, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan yang juga ibu mangsa pada jam 12.54 pagi, sebelum kesemua suspek berjaya ditahan pada 5 Julai lalu.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek terhadap mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut memandangkan siasatan masih dijalankan.

“Kejadian disahkan berlaku di kawasan bawah blok Residensi PRIMA Alam Damai, Cheras, di sini. Bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Cheras menahan empat remaja lelaki tempatan berusia 14 tahun bagi membantu siasatan.
“Polis turut merampas telefon bimbit milik seorang daripada suspek yang digunakan untuk merakam kejadian itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rosdi berkata, kesemua suspek telah direman sebelum dibebaskan dengan jaminan polis sementara kertas siasatan dilengkapkan untuk dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut.

Terdahulu, video berdurasi satu minit 13 saat memaparkan seorang remaja berbaju hijau dipukul oleh dua individu berbaju biru, manakala seorang lagi dipercayai merakam kejadian tersebut, tular di media sosial.

Rakaman itu dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial yang mengaku sebagai ibu mangsa. Wanita berkenaan mendakwa anaknya mengalami kecederaan serius termasuk pendarahan dalam otak serta keretakan tengkorak akibat dipukul.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut wanita itu, kejadian dipercayai berlaku pada 2 Julai lalu, namun video berkenaan hanya dikongsikan baru-baru ini kerana beliau masih trauma melihat keadaan anaknya selepas insiden tersebut.

Sumber: Facebook Zulaikha Sabri, Harian Metro (Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Landskap keselamatan global semakin dinamik, dengan ancaman yang tidak lagi terhad kepada serangan fizikal atau bersenjata. Justeru, ukuran kekuatan sesebuah negara pada masa ini...

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd