Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Tular Gambar Jokowi Kelihatan Pucat, Timbul Persoalan Tahap Kesihatan

Tular di media sosial gambar mendakwa Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi yang kelihatan lebih pucat daripada biasa sehingga menimbulkan persoalan mengenai tahap kesihatannya.

Jokowi tidak boleh kena panas

Menurut laporan tirto.id, gambar ersebut dimuat naik di akaun X, memaparkan Jokowi bersama isterinya Iriana, anak serta menantu mereka.

Ramai pengguna media sosial menyedari perubahan pada raut wajah presiden itu yang kelihatan lebih putih dan lesu, malah wajah Iriana juga dikatakan menunjukkan perubahan serupa.

jokowi

Foto: X @DokterTifa

Ketiadaan Jokowi pada sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Tentera Indonesia (TNI) ke-80 hujung minggu lalu turut menambah kebimbangan orang ramai terhadap keadaannya.

Artikel lain: Tular Papan Iklan Gambar Prabowo Di Israel? Kementerian Tampil Beri Penjelasan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut pembantu peribadi beliau, Kompol Syarif Muhammad Fitriansyah, presiden kini sedang dalam proses pemulihan selepas mengalami alahan kulit. Atas nasihat doktor, beliau diminta untuk tidak menyertai sebarang aktiviti luar buat sementara waktu.

“Ketika ini beliau masih dalam proses pemulihan dan dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti di luar yang terdedah kepada panas,” katanya.

Difahamkan, keadaan kesihatan Jokowi mula terjejas selepas pulang daripada lawatan rasmi ke Vatikan.

Dalam lawatan tersebut, beliau mewakili Indonesia menghadiri upacara pengebumian Paus Fransiskus atas perutusan Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto.

jokowi

Foto: X @DokterTifa

Namun, tular pula dakwaan di media sosial yang mengatakan beliau menghidap penyakit kulit serius dikenali sebagai Sindrom Stevens-Johnson (SJS).

Bagaimanapun, pihak istana menafikan khabar angin tersebut dan menegaskan keadaan presiden berada dalam pemantauan doktor serta tidak membimbangkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Tirto.Id @Prihatini Wahyuningtyas

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ketegangan konflik antara pempengaruh, Prince Syed atau nama sebenarnya, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, bersama keluarga isterinya, Fatin Syazwani Ishak, dilihat semakin meruncing....

Sosial

Usahawan dan pempengaruh Prince Syed memaklumkan laporan polis telah dibuat ekoran dakwaan diserang dan dipukul sehinggan menyebabkan kecederaan pada tangan dan wajah. Memetikm laporan...

Lokal

Pempengaruh media sosial terkenal, Bengah, kini menjadi perhatian selepas didakwa memalukan isterinya ketika bersiaran langsung di media sosial baru-baru ini. Cik Bunga dakwa dimalukan...

Lokal

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan kerajaan membayar RM7.4 juta kepada seorang lelaki, K Vimal Raj, 22 tahun, selepas didapati berlaku kecuaian perubatan yang menyebabkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd