Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tular Dakwaan Fakta Siasatan, Keluarga Zayn Rayyan Akan Buat Laporan Polis

Keluarga kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin akan membuat laporan polis ekoran dakwaan fakta siasatan berhubung kes Zayn yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, peguam yang mewakili mereka, Fahmi Ab Moin menyatakan penyebaran maklumat tersebut merupakan perkara yang boleh dianggap fitnah jenayah dan pihak keluarga anak guamnya itu masih mempertimbangkan untuk membuat laporan berhubung kes tersebut.

Foto: Harian Metro

“Pihak keluarga mempertimbangkan untuk membuat laporan polis berhubung penyebaran maklumat berkenaan.
“Penyebaran itu lebih kepada fitnah jenayah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menyatakan bahawa pihaknya sedang meneliti isu kandungan maklumat berkenaan sekali gus akan menghubungi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) agar menyekat penyebaran tersebut yang dianggap mengganggu perbicaraan kes kanak-kanak terbabit.

Foto: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila terdapat sebuah akaun di aplikasi Telegram memuat naik beberapa tangkap layar mendakwa kononnya merupakan fakta siasatan membabitkan ibu bapa Zayn iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf.

Sumber: Harian Metro (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Dunia

Sebuah kapal tangki milik syarikat China yang tersenarai dalam sekatan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, sekali gus mencatatkan laluan...

Sosial

Dua beradik yang sebelum ini mencuri perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lawatan kerja di Terengganu, menerima ‘balasan’ penuh bermakna apabila dihadiahkan...

Sosial

Syarikat pengeluar produk tenusu segar, FGV Dairy Farm Sdn Bhd didakwa telah menghentikan operasi sepenuhnya sejak lebih dua tahun lalu. Dakwaan itu dibuat oleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd