Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tular Aksi Riba Di Dalam Bas, Pemandu & Kenalan Wanita Ke IPD Jasin Beri Keterangan

Insiden tular melibatkan seorang pemandu bas ekspres yang didakwa meriba seorang wanita ketika memandu akhirnya mendapat perhatian pihak berkuasa apabila kedua-dua individu tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin.

Hadir ke IPD bagi membantu siasatan

Memetik laporan daripada Harian Metro, kehadiran mereka dipercayai bagi membantu siasatan susulan kebimbangan orang ramai terhadap tahap keselamatan penumpang.

Sedondon memakai pelitup muka

Difahamkan, pemandu berusia 36 tahun itu dilihat tiba di pekarangan IPD Jasin sekitar jam 4.30 petang bersama wanita berkenaan dengan menaiki sebuah Proton Persona yang dipandu individu lain dipercayai ahli keluarga.

Kedua-duanya turut dilihat sedondon memakai pelitup muka berwarna biru ketika hadir ke balai polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, pihak polis memaklumkan telah menghubungi kedua-dua individu terbabit dan mereka memberi jaminan untuk tampil bagi membantu siasatan berhubung kejadian yang mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.

Sumber: Harian Metro (Farhana Yaacob)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd