Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

“Dia Kawan Saya, Saya Suka Dia” – Trump Sedia Bertemu Xi Jinping Runding Kemelut Tarif

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengeluarkan satu kenyataan berkaitan keterbukaan untuk bertemu rakan dagangannya dari China, Xi Jinping yang merupakan presiden negara republik itu.

Menurut rakaman BBC News, beliau memberitahu sudah bersedia berbincang bersama Xi dalam sesi rundingan berkenaan isu kemelut tarif yang menjadi ketegangan perdagangan yang semakin meningkat antara kedua-dua negara.

Sedia Bertemu Xi Jinping

Trump Sedia Bertemu Xi Jinping

Foto: BBC News

“Oh ya, dia kawan saya. Saya suka dia. Sudah tentu saya akan bertemu dengannya,” kata Trump apabila ditanya kesiapsiagaan untuk bertemu Xi dalam sidang media di White House, baru-baru ini.

Ahli perniagaan itu juga menegaskan bahawa melakukan pelaburan di Amerika Syarikat adalah sesuatu tindakan yang terbaik.

Malah presiden Amerika itu juga memuji Xi dengan mengatakan bahawa  pemimpin China itu antara individu paling bijak di dunia bahkan sangat mencintai negaranya dan percaya akan mencapai satu perjanjian yang positif.

Trump Sedia Bertemu Xi Jinping

Foto: The Guardian

“Saya fikir melabur di Amerika Syarikat adalah pelaburan terbaik. Xi seorang yang bijak. Beliau antara individu paling bijak di dunia. kita akan capai perjanjian yang baik,” ucapnya lagi.

Presiden Amerika ke-47 itu juga memberitahu berkenaan kekuatan ketenteraan negaranya dengan mendedahkan bahawa mereka mempunyai kekuatan senjata yang tidak diketahui negara lain.

“Kita ada senjata yang tiada siapa pun tahu,” jelasnya lagi.

Artikel lain: Trump Cipta Rekod, Bekas Presiden Pertama Amerika Syarikat Bergelar Penjenayah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, presiden itu memperkenalkan satu tarif baharu iaitu kenaikan sebanyak 104 peratus ke atas semua barangan import dari China.

Perkara tersebut telah dibalas oleh China dengan mengenakan kadar tarif tambahan China untuk semua barangan import dari Amerika Syarikat (AS) akan dinaikkan kepada 84 peratus bermula hari ini menambahkan lagi ketegangan perdagangan ekonomi dua kuasa besar berkenaan.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd