Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Trump Keluar Amaran Keras, Dakwa Tamadun Iran Akan Musnah

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengeluarkan amaran keras bahawa seluruh tamadun Iran berdepan risiko kemusnahan sekiranya negara itu gagal mematuhi tuntutan yang ditetapkan menjelang tarikh akhir tengah malam.

“Kemungkinan besar akan berlaku”

Kenyataan itu dimuat naik menerusi platform Truth Social miliknya, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap kemungkinan konflik yang lebih besar.

“Keseluruhan tamadun akan musnah malam ini dan tidak akan kembali lagi. Saya tidak mahu ini berlaku, tetapi kemungkinan besar ia akan berlaku,” tulis Trump.

 

Walaupun tidak memperincikan langkah seterusnya, Trump sebelum ini menegaskan kemampuan tentera AS untuk menyerang infrastruktur utama seperti jambatan dan loji janakuasa di Iran, selain menetapkan syarat supaya Tehran menamatkan penutupan laluan strategik Selat Hormuz.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam perkembangan sama, cadangan gencatan senjata sementara yang dibincangkan dilaporkan belum mencapai kata sepakat, dengan pihak Iran menolak tekanan AS dan menuntut penamatan perang sepenuhnya, bukan sekadar jeda sementara.

Trump bagaimanapun masih memberi bayangan kemungkinan perjanjian pada saat akhir, sambil menyatakan perubahan kepimpinan mungkin membuka ruang kepada penyelesaian yang tidak dijangka.

“Sekarang kita telah mencapai perubahan rejim secara lengkap dan menyeluruh, di mana pemikiran berbeza, lebih bijak dan kurang radikal mengambil alih, mungkin sesuatu luar yang biasa boleh berlaku, siapa tahu? Kita akan mengetahuinya malam ini,” katanya.

Sejak akhir Februari, ketegangan dilaporkan semakin memuncak apabila serangan udara melibatkan AS dan Israel berterusan, termasuk ke atas kemudahan penting seperti terminal minyak di Pulau Kharg, sekali gus menambah kebimbangan terhadap kestabilan rantau tersebut.

Sumber: Truth Social Donald Trump
Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Peguam, Kamal Hisham Ja’afar tampil menjelaskan kedudukan sebenar penglibatannya dalam kes Rosmaini Raof yang kembali menjadi perhatian umum, selain menegaskan bahawa keputusan mahkamah adalah...

Nasional

Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV diumumkan sebagai penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia, sekali gus memastikan rakyat dapat menikmati liputan...

Sosial

Seorang penunggang p-hailing, Azim Haikal Noor Aziddin dilaporkan maut selepas dirempuh sebuah Proton X70 di Jalan 17/21, Petaling Jaya, Selasa, ketika sedang bekerja mencari...

Sosial

Seorang pelancong dari Australia yang dikenali sebagai Roman Travel mencuri perhatian selepas berkongsi pandangannya mengenai sebuah acara pesta air, Rain Rave Water Music Festival...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd