Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

TPM Mahu TVET Dilihat Sebagai Pencetus Perubahan Sistem Pendidikan

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu melihat program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pencetus perubahan sistem pendidikan dalam negara.

Foto: FB Zahid Hamidi

Menerusi satu kenyataan, Ahmad Zahid melalui satu hantaran di Facebook miliknya berkata, pelajar dan ibu bapa perlu menjadikan kursus TVET sebagai pilihan utama bagi pendidikan di peringkat tertiari.

“Tambahan lagi, pelajar aliran TVET juga mesti diterapkan dengan ilmu keusahawanan kerana ada di kalangan mereka ini mempunyai minat untuk menjadi tekno usahawan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan mesyuarat bersama Naib Canselor Rangkaian Universiti Teknikal (MTUN) di Perdana Putra, Putrajaya semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FB Zahid Hamidi

Ahli Dewan Rakyat itu juga memberitahu mesyuarat bersama MTUN tersebut diadakan bagi membincangkan isu TVET dan yang terkait dengannya termasuklah membincangkan masa depan para graduan.

“Dalam mesyuarat tadi juga diutarakan beberapa isu serta cadangan penambahbaikan ke arah memperkasa graduan dan menjamin peluang kerjaya yang sewajarnya kepada para graduan,” ujar beliau.

Beliau juga percaya bahawa segala permasalahan yang wujud dapat diselesaikan dengan adanya koordinasi oleh semua Kementerian ke arah memartabatkan TVET sebagai pilihan utama kepada para pelajar dan ibu bapa.

Foto: FB Zahid Hamidi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, TVET merupakan proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri yang bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu.

Sumber: Facebook Zahid Hamidi

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Mak, ini tiket umrah untuk mak…” Demikian kata mekanik dikenali sebagai ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’ yang tular di media sosial selepas menerima tajaan umrah...

Sosial

Kegigihan seorang pemuda dikenali sebagai Wan yang sanggup bekerja sejak usia 15 tahun demi membantu keluarga meraih perhatian ramai selepas kisahnya tular di media...

Dunia

Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa menarik balik cadangan awal untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui laluan strategik Selat Melaka dan Selat...

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd