Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tom Cruise Terima Anugerah Dari Tentera Laut AS

Pelakon Tom Cruise telah terima anugerah penghormatan awam tertinggi Tentera Laut Amerika Syarikat untuk ‘sumbangan cemerlangnya’ kepada tentera melalui peranannya dalam filem.

Memetik laporan BBC, peranan utama Cruise dalam filem Top Gun yang melonjakkan namanya sebagai selebriti dan kejayaan filem itu telah meningkatkan jumlah pendaftaran anggota baharu dalam tentera.

Tom Cruise terima anugerah dari Tentera Laut AS

Anugerah Perkhidmatan Awam Terbilang telah diberikan kepada aktor berusia 62 tahun itu dalam majlis yang diadakan pada Selasa di Longcross Film Studios di Chertsey, Surrey.

Dalam pada itu, Cruise juga telah menzahirkan ucapan terima kasihnya atas ‘pengiktirafan yang luar biasa’ itu disamping turut berkata dia sangat mengagumi semua tentera.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya tahu, sesuatu yang sangat benar kepada saya ialah ‘untuk memimpin adalah untuk berkhidmat’. Dan saya tahu itu adalah teras saya dan pada masa yang sama, saya lihat perkara ini dalam tentera-tentera kita,” katanya selepas menerima pingat anugerah itu.

Sementara itu, Tentera Laut mengucapkan terima kasih kepada pelakon itu yang dikatakan telah meningkatkan kesedaran dan penghargaan orang ramai terhadap pegawai berunifom.

Sekadar info, Cruise telah membintangi filem Top Gun sebagai Maverick yang merupakan salah seorang juruterbang ketika Perang Dingin.

Filem tersebut menerima sambutan hangat daripada orang ramai sehingga Tentera Laut mengambil peluang membuka meja pendaftaran di pawagam agar orang ramai boleh mendaftar dan menyertai mereka.

Cruise sekali lagi menyemarakkan semangat generasi muda untuk menyertai Tentera Laut Amerika Syarikat apabila beliau berlakon dalam filem sekual 2022 Top Gun: Maverick sebagai Leftenan Pete Mitchell.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tidak cukup dengan itu, aktor ini juga diraikan untuk peranannya dalam filem Born on the Fourth of July, A Few Good Men dan siri Mission: Impossible.

Selain menerima anugerah, Cruise juga berada di Chertsey, Surrey untuk menyelesaikan rakaman filem seterusnya iaitu Mission: Impossible: The Final Reckoning yang akan ditayangkan pada Mei 2025.

Sekadar info, penghormatan awam yang berprestij ini juga pernah dianugerahkan kepada pemenang Anugerah Akademi Steven Spielberg dan Tom Hanks untuk kerja mereka dalam filem Perang Dunia II, Saving Private Ryan.

Sumber: BBC

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd