Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

TLDM Selamatkan Warga Australia, Terkandas Bersama Kapal Layar Selama Empat Hari

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sekali lagi membuktikan keupayaannya dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di laut apabila berjaya menyelamatkan sebuah kapal layar, Meridian of Sydney yang mengalami masalah kerosakan jentera utama di perairan barat laut Pulau Perak.

Menurut Markas Pemerintahan Armada Barat Lumut, Perak pada Rabu, kapal tersebut dipercayai telah hanyut selama empat hari.

Pusat Operasi Markas Wilayah Laut 3 (PUSOP MAWILLA 3) telah menerima maklumat pukul 11.30 pagi daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengenai kegagalan komunikasi dengan kapal layar tersebut ketika dalam pelayaran dari Krabi ke Langkawi.

TLDM selamatkan warga Australia

TLDM selamatkan

Foto: Markas Pemerintahan Armada Barat Lumut, Perak

“Menyedari keperluan untuk bertindak pantas, TLDM segera menggerakkan Kapal Diraja (KD) MAHAMIRU untuk menjalankan pencarian bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
“KD MAHAMIRU tiba di lokasi pada jam 13.15 tengah hari dan mendapati kapal layar berkenaan mengalami kerosakan pada jentera utama dan layar, menyebabkan ia tidak dapat meneruskan pelayaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan sama berkata, seorang individu Kapten Kelvin Holly yang merupakan warganegara Australia berada di atas kapal sejak 8 Mac lalu.

TLDM selamatkan nyawa juga

Artikel lanjut: Berjaya Laksana 615 Operasi Sepanjang 2024, TLDM Akan Fokus Kepada Empat Teras Utama

Advertisement. Scroll to continue reading.
TLDM selamatkan

Foto: Markas Pemerintahan Armada Barat Lumut, Perak

“TLDM terus bertindak pantas dengan memberikan bantuan awal berupa makanan dan minuman kepada Kapten Kelvin Holly sebelum melaksanakan operasi menunda kapal layar tersebut ke perairan Langkawi.
“Ketika kenyataan ini dikeluarkan, KD MAHAMIRU sedang menunda kapal layar tersebut ke Jeti Langkawi, dan akan diserahkan kepada APMM untuk urusan selanjutnya,” ujarnya.
TLDM selamatkan

Foto: Markas Pemerintahan Armada Barat Lumut, Perak

Kecekapan dan tahap profesionalisme warga TLDM dalam operasi ini membuktikan tanggungjawab dan amanah yang digalas adalah fokus utama dalam memastikan keselamatan maritim serta berkeupayaan untuk bertindak pantas dalam sebarang keadaan kecemasan di perairan negara.

“Kejayaan ini juga memperkukuhkan peranan TLDM sebagai barisan hadapan dalam keselamatan di laut, selaras dengan misi utama memastikan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara,” tambah kenyataan tersebut.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Spotlight

Aktor Bollywood, Aamir Khan kembali bergelar suami selepas lima tahun menduda apabila sah berkahwin dengan ahli perniagaan dan perunding gaya, Gauri Spratt dalam satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd