Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bukan Sewenang-Wenang Aniaya Orang Dengan Keluarkan Kompaun – JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang menegaskan bahawa pihaknya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kompaun terhadap pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran yang tidak memakai tali pinggang keledar.

Menurut laporan Harian Metro, sebaliknya pendekatan advokasi dan penerangan terlebih dahulu diberikan sebelum perjalanan dimulakan, jelas Pengarah JPJ Pahang, Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman.

kompaun

Foto: Harian Metro

Menurutnya, tindakan kompaun hanya dikenakan selepas didapati ada individu yang menanggalkan tali pinggang keledar ketika bas sedang bergerak, walaupun mereka memakainya semasa pemeriksaan awal.

Artikel lain: Operasi Khas JPJ: 18 Penumpang Bas Dikesan Tak Pakai Tali Pinggang Keledar

“JPJ bukan bertindak sesuka hati mengenakan kompaun RM300. Kita pastikan terlebih dahulu pemakaian tali pinggang keledar dan berikan penerangan sewajarnya. Namun, ada yang kemudian menanggalkannya atas alasan tidak selesa atau tidak biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Advokasi Tali Pinggang Keledar Bas Ekspres dan Persiaran yang berlangsung di Terminal Sentral Kuantan (TSK) malam tadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
kompaun

Foto: Carian Google

Sepanjang tempoh penguatkuasaan bermula 1 Julai hingga malam semalam, seramai 19 individu termasuk lima pemandu telah dikenakan kompaun atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar semasa perjalanan.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan JPJ akan meneruskan penguatkuasaan secara penyamaran bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap peraturan keselamatan tersebut.

kompaun

Foto: Carian Google

“Pihak pengusaha bas juga diminta memastikan semua tali pinggang keledar dalam kenderaan masing-masing berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan,” ujarnya.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan JPJ dalam meningkatkan tahap keselamatan pengangkutan awam dan mengurangkan risiko kemalangan maut di jalan raya.

Sumber: Harian Metro (Asrol Awang)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd