Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

TikToker Islam Sedar Makan Babi, Baca ‘Bismillah’ Sebelum Suap Ke Mulut

Demi konten dan perhatian, sesetengah orang sanggup melanggar larangan yang telah ditetapkan agama sedangkan dia sedar bahawa apa yang dilakukan adalah berdosa.

Demi konten sanggup langgar larangan agama

Perkara ini samalah seperti seorang TikToker asal Indonesia yang dikenali sebagai @lilumukerji apabila sanggup menelan kulit dan daging babi secara sedar walaupun mengaku beragama Islam.

@lilumukerji

♬ original sound – linamukerjiLilu – linamukerjiLilu

Tiga kali makan babi

Menerusi video yang dikongsi, dia telah memuat naik konten menjamah makanan berlaukkan kulit babi. Ujarnya, dia tahu perkara tersebut dilarang dalam agama namun disebabkan perasaan ingin tahu, dia rela melanggar apa yang telah termaktub di dalam al-Quran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya, dia sebenarnya sudah tiga kali menjamah daging babi dan apa yang dilakukan didalam video itu adalah kali ketiga dan secara sedar. Dia juga sempat menyebut ‘bismillah’ sebelum menyuap kulit babi ke mulut.

@lilumukerji

♬ original sound – linamukerjiLilu – linamukerjiLilu

Dalam video itu lagi @lilumukerji turut berseloroh mungkin selepas video ini ditayangkan, dia akan dibuang dari keluarga dan tahu tindakan yang dilakukan ini melanggar rukun iman sebagai seorang muslim.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakannya yang menggadaikan kesucian Islam hanya disebabkan konten di TikTok.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, dia seolah-olah ‘kebal’ dengan kecaman dan tetap mengunggah video seperti biasa tanpa merasakan dirinya telah melakukan dosa besar.

Sumber: TikTok lilumukerji

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih pada Ahad dipercayai tersasar daripada laluan asal ketika turun...

Lokal

Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak lelaki...

Dunia

Pengasas Seven-Eleven Japan yang dikenali sebagai tokoh penting dalam industri kedai serbaneka Jepun, Toshifumi Suzuki, meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada 18 Mei lalu...

Lokal

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang dilaporkan hilang ketika mendaki Bukit Changkat Asa, Hulu Selangor diperluaskan kepada radius...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd