Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

TikTok ‘Shop’ Ditamatkan Secara Rasmi Di Indonesia

Platform media sosial, TikTok secara rasmi semalam memaklumkan yang pihaknya telah menamatkan perkhidmatan beli-belah online atau TikTok Shop di Indonesia bagi mematuhi peraturan baharu yang dikuatkuasakan oleh pemerintah.

TikTok Shop Indonesia sekat perkhidmatan beli belah online

Merujuk kepada laporan United Press International, tindakan tersebut dibuat bagi melindungi perniagaan tempatan.

Keutamaan kami adalah untuk kekal mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan.

“Justeru, kami tidak lagi membenarkan proses transaksi e-Dagang di TikTok Shop Indonesia dan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa pada masa akan datang,” kata dalam satu kenyataan.

tiktpk shop

Artikel lain: Selepas US & India, Indonesia Umum Bakal Haramkan TikTok Shop

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Indonesia, Zulkifli Hasan telah memaklumkan yang negara berkenaan akan melaksanakan peraturan baharu dengan membenarkan media sosial digunakan hanya untuk memudahkan promosi, bukan untuk melakukan transaksi.

Platform itu kini mempunyai 113 juta pengguna di Indonesia, menjadikan negara tersebut sebagai pasaran terbesar kedua TikTok di belakang Amerika Syarikat yang memiliki 116.5 juta pengguna.

Sumber: United Press International

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Landskap keselamatan global semakin dinamik, dengan ancaman yang tidak lagi terhad kepada serangan fizikal atau bersenjata. Justeru, ukuran kekuatan sesebuah negara pada masa ini...

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd