Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiada Lagi Ejaan ‘Mohd’, JPN Jelaskan Peraturan Baharu Daftar Nama Anak

Ibu bapa kini tidak lagi dibenarkan menggunakan singkatan ‘Mohd’ ketika mendaftarkan nama anak, sebaliknya perlu menulis ejaan penuh seperti Mohamad, Muhamad atau Muhammad.

Peraturan baru daftar nama anak

Perkara itu dimaklumkan menerusi perkongsian rasmi oleh Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang di platform media sosial.

“Nama yang tiada dah pada anak-anak sekarang ialah Mohd. Nama tersebut perlu ditulis penuh Mohamad, Muhamad atau Muhammad,” tulisnya.

Beberapa lagi singkatan tidak dibenarkan

Dalam pada itu, JPNPP juga menyatakan selain nama Mohd, singkatan seperti MD, MHD, ABD dan seumpanya juga tidak boleh didaftarkan lagi selepas ini.

Langkah ini dilihat bertujuan memastikan ketepatan ejaan dalam dokumen rasmi bagi generasi baharu, selain mengelakkan kekeliruan pada masa hadapan. P

Advertisement. Scroll to continue reading.

ada masa sama, perubahan tersebut turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai, khususnya mereka yang masih menggunakan singkatan itu pada kad pengenalan masing-masing.

Sumber: Thread jpnppofficial

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd