Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kawasan Berkabus, Tiada Kecuaian Dalam Insiden Anak Gajah Dirempuh Lori – Polis

Tiada kecuaian insiden anak gajah

Insiden membabitkan seekor anak gajah jantan yang mati setelah dilanggar sebuah lori kontena di Kilometer 80 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli baru-baru ini disahkan tidak melibatkan sebarang kecuaian.

Tiada kecuaian insiden anak gajah

Tiada kecuaian insiden anak gajah

Foto: juzailialias

Menurut laporan malaysiakini, Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata sisatan awal telah dijalankan dan mendapati situasi di kawasan nahas terbabit berkabus memandagkan kemalangan berlaku pada jam 2.50 pagi.

“Keadaan di sekitar jalan itu juga tiada pencahayaan lampu jalan,” kata Zulkifli pada Selasa.

Terdahulu, beliau melaporkan anak gajah itu dilanggar lori kontena membawa muatan ayam setelah pemandunya gagal untuk mengelak ketika haiwan tersebut melintasi jalan raya secara tiba-tiba.

Tiada kecuaian insiden anak gajah

Foto: malaysiakini

Insiden ini mendapat perhatian ramai dan tular di media sosial setelah seekor ibu gajah cuba untuk mengalihkan lori yang merempuh anaknya itu dan tidak bergerak meninggalkan kawasan kemalangan yang dipercayai lebih dari lima jam.

Artikel lain: Pilu! Ibu Gajah Tak Berganjak, Cuba Alih Lori Kontena Untuk Selamatkan Anak

Difahamkan anak gajah itu tidak mati sejurus digilis lori membuatkan ibu gajah tersebut berusaha untuk menyelamatkannya sehingga menyebabkan kerosakan pada bahagian hadapan lori berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: malaysiakini

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih pada Ahad dipercayai tersasar daripada laluan asal ketika turun...

Lokal

Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak lelaki...

Dunia

Pengasas Seven-Eleven Japan yang dikenali sebagai tokoh penting dalam industri kedai serbaneka Jepun, Toshifumi Suzuki, meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada 18 Mei lalu...

Lokal

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang dilaporkan hilang ketika mendaki Bukit Changkat Asa, Hulu Selangor diperluaskan kepada radius...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd