Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

‘The Hulk’ Mark Ruffalo Pertahan Rakyat Palestin -“Mereka Adalah Manusia, Bukan Bangunan Atau Benda…”

Bintang Hollywood, Mark Ruffalo membidas kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang melabelkan rakyat Palestin sebagai ‘kerosakan sampingan’.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika Israel melancarkan serangan berterusan ke atas Gaza.

Tegas Mark Ruffalo yang juga terkenal dengan watak ‘The Hulk’, rakyat Palestin merupakan manusia yang ‘kebetulan’ dilahirkan di negara itu dan kebanyakan terperangkap di Gaza.

“Kasihanilah, mereka adalah rakyat Palestin, bukan bangunan atau jalan raya atau benda…
“Mereka adalah manusia dan begitu juga tebusan yang nyawanya mungkin anda (Israel) akan hancurkan. Mereka juga ‘kerosakan sampingan,”katanya menerusi platform X, semalam.

Artikel lain: Israel Alami Kejatuhan Moral, Masih Tak Mampu Kalahkan Pejuang Palestin

Mark Ruffalo bersuara dan membidas dakwaan Netanhayu yang mendakwa pembunuhan beramai-ramai orang awam Palestin oleh tentera Israel hanyalah bersifat ‘kerosakan sampingan’.

Netanyahu mendakwa, tentera Israel tidak sengaja menyasarkan orang awam, walaupun angka kematian rakyat Palestin semakin meningkat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia juga mengulangi dakwaannya bahawa Hamas bertanggungjawab ke atas korban awam Gaza, di sebalik tindakan Israel melancarkan serangan.

Mark Ruffalo Palestin

Kerosakan sampingan biasanya digunakan dalam konteks tindakan perang, yang mana ia berlaku apabila kemusnahan sasaran tentera disertai dengan kesan sampingan yang tidak dimaksudkan pada asalnya.

Sebelum ini, Mark Ruffalo yang juga aktivis Amerika mendesak agar gencatan senjata dilakukan serta-merta di Gaza.

Malah, dia turut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel menyasarkan orang awam terutama kanak-kanak dalam serangan ke atas Gaza.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: X MarkRuffalo

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor membuktikan bahawa kemenangan terbesar bukan sekadar menewaskan lawan di gelanggang, sebaliknya mengatasi cabaran dalam dirinya sendiri. Atlet berusia...

Nasional

Seramai 4,300 usahawan di negeri ini menerima manfaat pembiayaan hampir RM100 juta yang diluluskan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi membantu mengembangkan perniagaan...

Sosial

Hasrat seorang wanita untuk bergelar isteri hanya tinggal tujuh hari lagi bertukar tragedi pilu apabila beliau bersama adiknya maut dalam kemalangan jalan raya di...

Lokal

Pelarian tidak seharusnya dipersalahkan atas isu kos sara hidup dan keselamatan yang berpunca daripada pelbagai faktor ekonomi, sistemik dan global, kata Ketua Pejabat United...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd