Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Thailand Dapat ‘PM Sehari”, Lantik Pemangku Perdana Menteri Sebelum Rombakan Kabinet

Menteri Pengangkutan Thailand, Suriya Jungrungreangkit, dilantik sebagai pemangku Perdana Menteri berikutan penggantungan tugas Paetongtarn Shinawatra oleh Mahkamah Perlembagaan.

Thailand dapat PM sehari

Memetik laporan Bangkok Post, jawatan tersebut bagaimanapun dijangka dipegang Suriya hanya untuk tempoh singkat iaitu selama satu hari sahaja sebelum rombakan Kabinet yang telah dirancang lebih awal mula berkuat kuasa.

Suriya, 70, secara rasmi memulakan tugasnya hari ini dengan menghadiri majlis memperingati ulang tahun ke-93 penubuhan pejabat Perdana Menteri Thailand.

thailand

Foto: Bangkok Post

Pelantikan sementara ini berlaku susulan keputusan Mahkamah Perlembagaan semalam yang menggantung Paetongtarn daripada menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri, sementara siasatan terhadap dakwaan pelanggaran etika berkaitan hubungan diplomatik dengan Kemboja dijalankan.

Artikel lain: Kontroversi Panggilan Telefon, Mahkamah Perlembagaan Thailand Gantung Tugas PM Paetongtarn

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kontroversi itu tercetus selepas rakaman perbualan telefon Paetongtarn bocor kepada umum, di mana beliau didakwa merujuk bekas pemimpin Kemboja, Hun Sen, sebagai “pakcik” dan melabel seorang pegawai tentera Thailand sebagai “pihak lawan”.

Kenyataan tersebut telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan golongan konservatif Thailand dan membawa kepada tekanan politik yang semakin meningkat.

Akibat insiden itu, sebuah parti dalam gabungan pemerintah menarik balik sokongan terhadap kepimpinan Paetongtarn, sekaligus mendorong desakan agar Kabinet dirombak segera.

thailand

Foto: MSN

Krisis tersebut turut memberi kesan kepada populariti Paetongtarn yang semakin merosot, selain mencetuskan demonstrasi besar-besaran oleh ribuan rakyat pada hujung minggu lalu.

Untuk rekod, Paetongtarn, 38, merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, dan baru sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri pada Ogos tahun lalu. Beliau juga memegang jawatan Menteri Kebudayaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bangkok Post

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd