Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tertukar Kedudukan Sabah Sarawak Dalam Peta, Proton Tampil Mohon Maaf

Syarikat pengeluar automotif tempatan, Proton Holdings Bhd (Proton) tampil membuat permohonan maaf berhubung kesilapan  melabelkan kedudukan Sabah dan Sarawak di dalam peta ketika pembentangan slaid di majlis pelancaran kenderaan elektrik (EV) e.Mas, semalam.

Menerusi satu kenyataan, Proton memaklumkan pihaknya komited untuk menghormati dan meraikan setiap negeri secara sama rata sekali gus menyesali kesilapan tersebut yang dianggap boleh mencetuskan perasaan sensitif dalam kalangan rakyat Malaysia.

Foto: FB Proton Cars

“Proton ingin memberi kenyataan tentang kesilapan melabelkan negeri Sabah dan Sarawak.
“Kami amat menyesali kesilapan yang mungkin telah menimbulkan perasaan sensitif di kalangan rakyat Malaysia. Kami menjujung tinggi perpaduan dan kepelbagaian Malaysia dan komited untuk menghormati serta meraikan semua negeri secara sama rata,” katanya hari ini.

Selain bersedia untuk menerima sebarang maklum balas daripada orang ramai, Proton juga akan lebih berwaspada dalam setiap usaha pada masa akan datang.

Foto: Autobuzz

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami memohon maaf atas sebarang salah faham yang berlaku dan menghargai sebarang maklum balas daripada orang ramai.
“Kami akan lebih berhati-hati dalam usaha masa depan kami. Terima kasih atas perhatian dan sokongan anda yang berterusan,” ujarnya.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila terdapat sebuah gambar yang memperlihatkan kesilapan kedudukan Sabah dan Sarawak di dalam peta semasa pembentangan pada majlis berkenaan.

Foto: Media Sosial

Sumber: Facebook Proton Cars

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd