Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Mengaku Tidak Bersalah, Tertembak Dan Tinggalkan Mayat Abang Ipar Di Tepi Jalan

Seorang penjual daging mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan cuai hingga menyebabkan kematian abang iparnya di kawasan hutan Taman Pinggiran Batu Caves, minggu lalu.

Tertembak abang ipar

Menurut laporan Sinar Harian, tertuduh, Muhamad Zaid Zakaria, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sabreena Bakar @ Bahari.

abang ipar

Foto: Sinar Harian

Mengikut pertuduhan, bapa kepada empat anak itu didakwa melakukan perbuatan cuai sehingga menyebabkan kematian Nor Azuar Juyob, 43, kira-kira jam 8 malam pada 28 September lalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Artikel lain: Lelaki Maut Ditembak Ketika Memburu, Mangsa Disangka Haiwan Buruan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Iqbal Azman mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan agar tertuduh melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Bagaimanapun, peguam bela Sukhdev Singh memohon jaminan minimum atas alasan anak guamnya menanggung isteri yang tidak bekerja serta empat anak kecil.

“Mangsa dalam kes ini abang ipar tertuduh, dan isteri mangsa yang juga kakak kandung tertuduh hadir untuk menjamin,” katanya.
abang ipar

Foto: Sinar Harian

Selepas menimbang hujah kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan seperti dicadangkan pihak pendakwaan. Kes akan disebut semula pada 18 Disember depan.

Pada 30 September lalu, media melaporkan insiden penemuan mayat seorang lelaki di tepi jalan Kampung Selamat, Semanggol, Perak, yang kemudian disahkan sebagai mangsa kejadian tersebut.

Siasatan mendapati mangsa terkena tembakan secara tidak sengaja ketika keluar memburu bersama rakan-rakannya di kawasan hutan Batu Caves sebelum mayatnya dibawa kira-kira 300 kilometer ke lokasi berkenaan bagi menutup kejadian sebenar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Amin)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ketegangan konflik antara pempengaruh, Prince Syed atau nama sebenarnya, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, bersama keluarga isterinya, Fatin Syazwani Ishak, dilihat semakin meruncing....

Sosial

Usahawan dan pempengaruh Prince Syed memaklumkan laporan polis telah dibuat ekoran dakwaan diserang dan dipukul sehinggan menyebabkan kecederaan pada tangan dan wajah. Memetikm laporan...

Lokal

Pempengaruh media sosial terkenal, Bengah, kini menjadi perhatian selepas didakwa memalukan isterinya ketika bersiaran langsung di media sosial baru-baru ini. Cik Bunga dakwa dimalukan...

Lokal

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan kerajaan membayar RM7.4 juta kepada seorang lelaki, K Vimal Raj, 22 tahun, selepas didapati berlaku kecuaian perubatan yang menyebabkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd