Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Terlupa Hantar ke Pusat Asuhan, Bayi 16 Bulan ‘Pergi’ Selepas Tertinggal Dalam Kereta

Seorang bayi perempuan berusia 16 bulan dilaporkan meninggal dunia selepas ditinggalkan secara tidak sengaja di dalam kereta bapanya, semalam.

Memetik laporan Kosmo! Online, bayi terbabit ditemui tidak sedarkan diri oleh bapanya yang juga kakitangan sebuah kakitangan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kuala Nerus pada jam 4.30 petang.

Bapa mangsa yang cemas, kemudiannya terus bergegas membawa anaknya ke pusat kesihatan IPTA berkenaan, namun tidak dapat diselamatkan.

bayi meninggal dunia

Artikel lain: Disangka Sudah Hantar Ke Taska, Anak Doktor Meninggal Dunia Tertinggal 10 Jam Dalam Kereta

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, pegawai perubatan bertugas mengesahkan bayi tersebut telah pun meninggal dunia.

Hasil siasatan awal mendapati, bapa bayi tersebut terlupa untuk menghantar anaknya ke pusat asuhan kanak-kanak yang terletak di IPTA berkenaan pada sebelah pagi.

“Sepasukan anggota polis bergegas ke pusat kesihatan IPTA tersebut sebaik dimaklumkan kejadian itu.
“Mayat bayi tersebut ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk dibedah siasat,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau turut menasihati orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan.

Sumber: Kosmo! Online ( Tengku Danish Bahri Tengku Yusoff)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd