Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Terharu Tak Putus-Putus Beri Bantuan, Pekerja Ojek Ucap Terima Kasih Kepada Rakyat Malaysia

Di tengah pergolakan politik dan demonstrasi besar di Indonesia, ucapan penuh emosi di TikTok daripada seorang anak muda yang juga pekerja Ojek, @bang…sem menyentuh hati ramai.

Pekerja Ojek ucap terima kasih atas bantuan kepada rakyat Malaysia

Dalam videonya yang tular, dia meluahkan rasa syukur kepada rakyat Malaysia yang tidak putus-putus menghulurkan bantuan buat golongan p-hailing di negaranya.

bantuan

Foto: Tiktok @bang….sem

“Saya sangat terharu Malaysia membantu kita yang kesulitan cari wang kerana perjuangan kita, apatah lagi mereka tahu musibah sahabat kami yang meninggal. Terima kasih Malaysia,” katanya.

Artikel lain: Solidariti Indonesia! Rakyat Malaysia Hulur Bantuan Pesan Makanan Melalui Grab, Ojek

Kata-kata itu merujuk kepada nasib seorang pekerja Ojek iaitu Affan Kurniawan yang terkorban ketika demonstrasi sekali gus menjadikan protes ini semakin sarat dengan emosi.

Bantuan daripada rakyat Malaysia datang dalam bentuk pesanan makanan dan minuman melalui aplikasi dalam talian yang dihantar terus kepada pekerja perkhidmatan itu di Indonesia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tindakan kecil ini memberi makna besar, terutama kepada mereka yang terpaksa mencari rezeki di tengah jalanan yang bergolak.

Ucapan Bang Sem segera dianggap sebagai suara rakyat kecil yang jarang kedengaran, tetapi penuh makna. Ia mezahirkan bahawa di sebalik krisis demokrasi, masih ada cahaya solidariti serumpun yang menyatukan hati rakyat di rantau ini.

bantuan

Foto: Tiktok @bang….sem

Krisis demokrasi di Indonesia belum menunjukkan tanda reda. Kemarahan terhadap kenaikan elaun mewah ahli politik, kebimbangan pengaruh tentera dalam urusan awam, serta tragedi yang meragut nyawa rakyat kecil terus membayangi negara itu.

Namun, melalui ucapan Bang Sem, jelas bahawa bantuan dan sokongan daripada jiran serantau telah meniupkan semangat baharu bahawa kemanusiaan melangkaui sempadan.

Sumber: Tiktok @bang….sem

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd