Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Terapi Tidur Enam Saat Berisiko Tinggi, Boleh Undang Maut – KKM

Terapi Tidur Enam Saat Berisiko

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya tidak mencuba kaedah yang dikenali sebagai ‘tidur enam saat’, kerana ia bukan tidur sebenar dan boleh mendatangkan risiko kesihatan serius, termasuk kematian.

Dalam maklum balas kepada MyCheck Malaysia, KKM menjelaskan bahawa kaedah tersebut melibatkan tekanan fizikal pada bahagian leher sehingga individu pengsan akibat kekurangan oksigen ke otak.

Terapi Tidur Enam Saat Berisiko

Prosedur berkenaan boleh menyebabkan komplikasi seperti pengsan mengejut, strok, kecederaan arteri karotid, gangguan irama jantung (aritmia), hipoksia serebrum, kecederaan otak kekal, sawan, dan risiko kematian.

Tegas KKM, tiada bukti saintifik atau asas perubatan yang menyokong keberkesanan kaedah ini, yang dikatakan mampu “mengatur semula pusat otak dan melegakan tekanan serta membuang unsur negatif dalam badan.”

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Berdasarkan penilaian klinikal dan perspektif perubatan berasaskan bukti, tindakan ini bukanlah suatu intervensi terapeutik atau rawatan kesihatan yang sah.
“Ia sebaliknya merupakan satu bentuk tindakan fizikal berisiko tinggi yang berpotensi mendatangkan kemudaratan serius kepada individu terlibat,” menurut KKM.

Dalam video tular di media sosial, kelihatan individu yang menjalani prosedur seperti ‘ditidurkan’ atau pengsan seketika selepas ditekan di bahagian leher, bahu, atau tengkuk. Individu itu kemudiannya tersedar dalam keadaan terkejut, menggelupur, dan terpinga-pinga.

Fenomena ini dalam istilah perubatan dikenali sebagai induced convulsive syncope, iaitu pengsan disertai pergerakan menyerupai sawan akibat gangguan bekalan oksigen ke otak secara tiba-tiba.

Artikel lain: Virus Nipah: KKM Kekal Siap Siaga, Tiada Kes Dilaporkan Di Malaysia

KKM turut menegaskan bahawa terapi ini tidak diiktiraf oleh mana-mana badan perubatan atau kesihatan, termasuk kementerian sendiri dan fraterniti perubatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia bukan amalan yang diiktiraf di bawah Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) 2016 (Akta 775), dan tidak tergolong dalam mana-mana kaedah perubatan moden atau tradisional yang sah.

“Amalan tersebut tidak selamat dan menimbulkan ancaman keselamatan kesihatan awam, tidak disokong bukti saintifik dan wajar dielakkan demi keselamatan.
“Oleh itu, orang awam perlu mendapatkan perkhidmatan perubatan yang terbukti berkesan daripada pengamal berdaftar,”ujar KKM.

Public Health Malaysia (PHM) pula menjelaskan bahawa rasa ringan atau lega yang dirasai selepas prosedur hanyalah kesan tindak balas kecemasan badan.

Kekurangan oksigen merangsang hormon seperti adrenaline, noradrenaline, dopamine, dan endorphin, menyebabkan perasaan euforia sementara.

“Istilah tidur enam saat ini biasanya digunakan untuk menekan bahu, tengkuk atau leher sehingga individu pitam sekejap, kemudian sedar semula.
“Ini bukan prosedur rawatan dan tidak selamat. Otak tidak mempunyai simpanan oksigen; aliran darah mesti berterusan setiap saat… risikonya tidak kecil dan tidak boleh diramal,” kata PHM.

PHM menambah bahawa kaedah ini boleh menyebabkan jantung berhenti mengejut, terutamanya bagi individu yang mempunyai masalah jantung atau saluran darah yang tidak disedari.

KKM dan PHM menegaskan agar orang ramai hanya mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan berdaftar sahaja, termasuk rawatan PT&K yang sah, bagi mengelakkan risiko kesihatan serius.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majikan kepada Dicky Yau, iaitu lelaki yang dibantu oleh Abang Minyak Hitam Jalanan sewaktu mengalami kesulitan disebabkan motosikal yang ditunggangi mengalami masalah. Menerusi perkongsian...

Bisnes

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan kapal tangki, Ocean Thunder, telah selamat tiba di Malaysia hari ini dengan membawa satu juta tong minyak mentah dari...

Dunia

Tentera Iran pada Sabtu mengumumkan penutupan semula Selat Hormuz hanya beberapa jam selepas ia dibuka, ketika lebih sedozen kapal dagang sedang melalui laluan maritim...

Lokal

Seorang anggota polis yang didakwa melakukan pencerobohan dan khianat terhadap rakan setugas dikenakan hukuman denda RM1,000 serta perintah berkelakuan baik selama dua tahun selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd