Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Tumpu Usaha Tarik Pekerja Malaysia Di Luar Negara Pulang, Tawar Gaji Setanding

Kerajaan akan menawarkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dengan gaji setanding bagi menarik rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara pulang berkhidmat di tanah air.

Menurut laporan Kosmo!Online, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata langkah itu adalah antara usaha strategik untuk membina industri bernilai tinggi di negara ini, sekali gus meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.

Tarik pekerja Malaysia di luar negara pulang

Tarik pekerja Malaysia di luar negara pulang

“Ini bukan isu gaji minimum, ini berkaitan highly skilled job (kemahiran tinggi), highly trained job (latihan khusus). Kos hidup mereka pun lebih tinggi (di luar negara) daripada kita jadi memang gaji mereka akan lebih tinggi.
“Tetapi memang kami ambil beberapa langkah untuk memperbaiki keadaan untuk melatih dan membawa bakat balik ke Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Lembaga Pengarah Talent Corporation Malaysia (TalentCorp), Wong Shu Qi memaklumkan pihaknya bertanggungjawab memastikan graduan serta tenaga kerja berkemahiran tinggi yang pulang ke tanah air menerima latihan yang sesuai sebelum diserap oleh syarikat tempatan dan antarabangsa yang beroperasi di Malaysia.

Artikel lain: Langkah Baharu MCMC, Platform Media Sosial Besar ‘Dianggap Berlesen’ Mulai 2026

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tarik pekerja Malaysia di luar negara pulang

“Talent kita di luar negara akan kembali ke Malaysia apabila peluangnya tiba. Kami tidak memaksa mereka, tetapi memberi insentif yang menarik untuk pulang termasuk gaji kompetitif,” katanya.

Katanya, peningkatan produktiviti serta pemudahan urusan pelaburan menerusi ‘ease of doing business’ dijangka menarik lebih ramai pelabur asing dan tempatan sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan bernilai tinggi di Malaysia.

Selain itu, beliau turut menegaskan keperluan menyediakan peluang kepada bakat kritikal dalam sektor teknologi, digital dan industri berkemahiran tinggi agar Malaysia kekal berdaya saing berbanding negara jiran seperti Singapura dan Thailand.

Sumber: Kosmo!Online (Nur Alwani Zafirah Khairul)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang pekerja FamilyMart yang didakwa menyimbah sup ke arah seorang penghantar makanan telah digantung tugas sementara menunggu siasatan dalaman dijalankan oleh pihak syarikat. Syarikat...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Sosial

Seorang pemandu e-hailing menjadi perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman berdepan situasi tegang melibatkan seorang pelanggan hanya disebabkan isu baki wang tambang sebanyak RM7. Pemandu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd