Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tangan Penangkap Ikan Disambar Buaya Ketika Ambil Wuduk

Malang tidak berbau, seorang warga emas berdepan dengan detik cemas apabila tangan kanannya digigit seekor buaya di sebuah kawasan paya berhampiran Padang Papan di Manir, Terengganu pada Jumaat lepas.

Memetik laporan Berita Harian, mangsa dikenali Cha Man Zakaria, 61, sedang mengambil wuduk menggunakan air paya untuk menunaikan solat Maghrib.

Che Man yang juga bekerja sebagai penangkap ikan darat berkata, kejadian berlaku pada 7.25 selepas dia selesai menangkap ikan dengan menggunakan air paya.

“Saya baru sahaja selesai menangkap ikan darat di paya dan ingin solat Maghrib terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah. Ketika mengambil wuduk dalam keadaan mencangkung, tiba-tiba muncul seekor buaya sepanjang kira-kira dua meter menyamar tangan kanan saya,”ujarnya.

Kejadian itu menyebabkan Che Man terjatuh ke dalam paya tanpa diketahui oleh rakan-rakan yang kebetulan turut berada di kawasan kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kawan-kawan saya yang tidak sedar kejadian itu, bertanya kenapa saya terjun, saya cakap bukan saya terjun tetapi ada buaya sambar tangan,”ujarnya.

Ceritanya lagi, setelah reptilia berkenaan menggigit tangannya, ia terus menghilangkan diri ke dalam paya dan tidak timbul lagi walaupun mereka cuba mencari haiwan tersebut.

Che Man berkata, meskipun tangannya berlumuran darah, namun dia tetap menggagahkan diri menunggang motorsikal pulang ke rumah yang terletak kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian untuk mendapatkan bantuan ahli keluarga.

Disebabkan itu, beliau terpaksa dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan menerima 12 jahitan di tangan kanan.

Sebelum ini, bapa kepada 10 orang cahaya mata itu pernah terserempak dengan reptilia berkenaan di kawasan paya namun kejadian pada petang Jumaat adalah kali pertama disambar oleh buaya.

Katanya lagi, dia percaya ada lagi dua atau tiga ekor buaya di kawasan paya berkenaan selain percaya ia berkemungkinan terlepas masuk dari Sungai Nerus akibat banjir Disember lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro

+ posts

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Sukan

Semangat kelab pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menunjukkan sikap profesional dan komited untuk meneruskan perlawanan meraih pujian Menteri Besar (MB) Johor. Menerusi perkongsian...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd