Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Tambah Baik Pengalaman Pengguna, TM Perkenal Pakej Jalur Lebar Unifi Baharu Serendah RM99

Telekom Malaysia Bhd (TM) memperkenalkan pakej jalur lebar Unifi baru, menawarkan kemampuan lebih tinggi melalui pengurangan harga yang ketara, perkhidmatan gaya hidup tertumpu nilai tambah dan penyelesaian perniagaan bersepadu.

Memetik laporan BERNAMA, pakej tersebut bertujuan menambah baik pengalaman pelanggan kepada Internet baru 100 megabit sesaat (Mbps) yang memberikan pengalaman pengguna terbaik seiring dengan corak penggunaan kebanyakan isi rumah di Malaysia.

Justeru itu, TM mengumumkan penurunan harga ketara bagi pelan Unifi 100Mbp kepada RM99, untuk masa terhad sahaja, setanding dengan pelan 30 Mbps sebelum ini pada RM89 sebulan.

Foto: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semua pelanggan Unifi yang layak akan dinaik taraf secara automatik kepada kelajuan Internet lebih tinggi tanpa sebarang obligasi dan kontrak semula perkhidmatan tidak diperlukan.

Naib Presiden Eksekutif Unifi, Anand Vijayan berkata mereka akan menawarkan pelan jalur lebar berkelajuan tinggi 100Mbps tertumpu yang digabungkan dengan pelan data mudah alih UNI5G Pascabayar Tanpa Had 5G+4G Unifi untuk memberikan pengalaman sambungan terbaik di mana-mana, pada bila-bila masa, dan tersedia melalui kontrak tiga tahun.

Beliau berkata, tawaran baru itu turut disertakan dengan telefon pintar 5G percuma bagi membolehkan lebih ramai lagi rakyat Malaysia menerima guna dan menikmati keupayaan 5G dengan mudah.

Dalam memperkasakan keterangkuman digital merentas semua segmen masyarakat, Unifi akan terus menawarkan Pakej Rahmah Unifi untuk kumpulan pelanggan utama dan komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan, termasuk warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), komuniti B40 serta veteran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA 

Iffa Sabrina
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd