Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

TalentCorp Jadi Rakan Kongsi Strategik Bagi MJVC2024, Sedia Geran RM30,000

Agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia, Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) akan menjadi rakan kongsi strategik bagi Malaysia-Japan Visionaries Conference 2024 (MJVC2024).

TalentCorp jadi rakan kongsi strategik bagi MJVC2024

Menerusi satu kenyataan, ia adalah kerjasama pertama melalui inisiatif MyHeart di Jepun dan TalentCorp akan menyediakan geran sejumlah ¥1,000,000.00 (RM30,000) untuk memastikan kejayaan persidangan tersebut.

“TalentCorp turut akan memperuntukkan dermasiswa RM50,000 untuk membantu sehingga 20 penyelidik Malaysia untuk menyertai persidangan di Tokyo itu nanti,” kata TalentCorp pada Sabtu.

Difahamkan, MJVC2024 akan dianjurkan oleh sepasukan 45 penyelidik dari Malaysia dan Jepun dan diketuai oleh Dr. Amy Poh Ai Ling yang merupakan warganegara Malaysia, berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

“Dr. Amy Poh kini menetap di Tokyo bersama keluarganya dan komited untuk memajukan kecemerlangan dalam bidang penyelidikan di Malaysia dan Jepun,” ujar kenyataan tersebut.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia Steven Sim menerusi kenyataan sama berkata, dalam setiap sesi, MyHeart menawarkan lebih daripada sekadar peluang untuk berhubung dengan rakyat Malaysia di luar negara, tetapi ia juga untuk berbincang dan melibatkan diri dalam kerjasama menjalankan projek mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ia akan mewujudkan hasil yang ketara serta memberi manfaat secara langsung kepada rakyat Malaysia dan Negara serta mengubah naratif ‘Brain Gain’ yang sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Salam Dari Malaysia anjuran agensi berkenaan menerusi inisiatif MyHeart di Tokyo baru-baru ini.

Artikel lain: KESUMA, TalentCorp Anjur Karnival Kemahiran Dan Kerjaya Hijau 2024

Pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Thomas Mathew, turut memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Japan Graduates Association of Malaysia (JAGAM) dan Malaysian Students’ Association Japan (MSAJ).

Perjanjian terbabit bertujuan memperkukuh inisiatif TalentCorp, termasuk MyHeart dan Ilham KESUMA Antarabangsa, melalui peningkatan kerjasama dengan persatuan komuniti rakyat Malaysia yang aktif di Jepun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd