Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Takhta ‘Raja Jalanan’ Myvi Diambil Alih, Bezza Pesaing Tidak Dijangka

Takhta ‘Raja Jalanan’ yang dipegang Perodua Myvi sejak pelancarannya pada 2005 dikatakan telah diambil alih pesaing yang tidak dijangka, Perodua Bezza tahun ini.

Menurut satu laporan Berita Harian, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan data yang menunjukkan sebanyak 56,735 unit Bezza telah didaftarkan pada tahun 2023.

Foto: Perodua

“Ini jauh mengatasi jumlah Myvi yang didaftarkan pada tahun sama, iaitu 45,014 unit,” katanya.

Sementara itu, terdapat beberapa faktor yang dikatakan mungkin mempengaruhi keputusan pengguna jalan raya, iaitu harga, penggunaan minyak dan kapasiti bagasi bagi kedua-dua kenderaan berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dari segi harga, Bezza menang. Keempat-empat model Bezza lebih murah jika dibandingkan dengan kesemua lima model Myvi. Ini menjadikannya pilihan yang mesra dompet bagi pemandu,” ujarnya.

Selain itu, kecekapan penggunaan minyak bagi Perodua Bezza juga lebih baik berbanding Perodua Myvi, yang mana walaupun hanya berbeza sedikit tetapi tetap menjadi pengaruh pengguna lebih memilih membeli Bezza berbanding Myvi.

“Model Bezza yang paling jimat minyak mampu mencapai 22.8km/l berbanding model Myvi paling cekap minyak, iaitu 22.2km/l.

Foto: Perodua

“Perbezaan kecekapan minyak ini mungkin disebabkan berat Bezza yang lebih ringan iaitu 902.5kg, berbanding purata berat model Myvi iaitu 1,005kg,” tambahnya.

Kapasiti bagasi yang dimiliki Bezza juga jauh lebih besar berbanding Myvi kerana mempunyai kapasiti bagasi 508 liter manakala kesemua model Myvi pula hanya 277 liter saja.

Walaupun begitu, mengikut carian (search interest) di Google, Myvi secara konsisten masih lebih tinggi berbanding Bezza di mana masing-masing mempunyai nilai minat carian purata sebanyak 82 dan 38.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hal ini menunjukkan bahawa Myvi tetap menjadi topik trending di Malaysia melalui data carian di Google Trends.

Sumber: Berita Harian

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd