Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Takaful Malaysia Anjur Program Gotong-Royong Prihatin Ramadan, Santuni Komuniti Setempat

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) terus memperkukuh komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi penganjuran Program Gotong-Royong Takaful Malaysia Prihatin Ramadan di Madrasah Raudatul Muttaqin, Sentul baru-baru ini.

Program itu dianjurkan sebagai usaha menyokong kesejahteraan komuniti setempat di samping memupuk semangat kebersamaan menjelang ketibaan bulan Ramadan.

Inisiatif itu melibatkan penyertaan wakil pengurusan dan kakitangan Takaful Malaysia bersama sukarelawan masjid serta penduduk sekitar dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal berkata, penganjuran program tersebut mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam menggalakkan nilai kerjasama dan tanggungjawab sosial selaras dengan prinsip Takaful.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Inisiatif ini mencerminkan usaha Takaful Malaysia untuk menggalakkan nilai kerjasama, tanggungjawab sosial dan semangat saling membantu, selari dengan prinsip Takaful yang menekankan kesejahteraan bersama,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Antara aktiviti utama yang dilaksanakan termasuk kerja-kerja pembersihan ruang solat, mimbar dan kawasan wuduk, selain pembersihan persekitaran luar masjid bagi memastikan suasana lebih selesa dan kondusif menjelang Ramadan.

Dalam masa sama, Takaful Malaysia turut melaksanakan aktiviti penanaman anak pokok di sekitar kawasan madrasah sebagai sebahagian daripada inisiatif kelestarian alam, sekali gus mewujudkan persekitaran yang lebih hijau untuk manfaat jemaah dan komuniti setempat.

Sementara itu, Nor Azman menjelaskan, Takaful Malaysia menegaskan komitmennya untuk terus mempergiat pelaksanaan inisiatif kemasyarakatan yang berimpak positif dan signifikan terutama dalam memenuhi keperluan masyarakat menjelang Ramadan.

“Takaful Malaysia akan terus komited dalam melaksanakan program-program kemasyarakatan yang memberi impak positif dan bermakna, khususnya dalam menyantuni keperluan masyarakat menjelang bulan Ramadan,” ujarnya.

Program itu turut menyaksikan penyerahan wang zakat kepada 100 anak asnaf sebagai usaha meringankan beban golongan memerlukan serta menyemai nilai keprihatinan dalam kalangan masyarakat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, syarikat berkenaan turut menyumbangkan barangan keperluan seperti kerusi, meja dan kelengkapan lain bagi memperindahkan serta meningkatkan keselesaan ruang masjid.

Program Takaful Malaysia Prihatin Ramadan merupakan antara inisiatif CSR syarikat yang memberi tumpuan kepada sokongan komuniti, pembangunan sosial dan pengukuhan hubungan bersama masyarakat.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd