Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Tak Pernah Lulus & Lesenkan! BNM Nafi Terlibat Dengan Quantum Metal

Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan telah melulus dan melesenkan aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh Quantum Metal Sdn Bhd (QMSB), hari ini.

BNM dalam kenyataan berkata, Quantum Metal merupakan sebuah institusi pelapor yang dikehendaki melaksanakan langkah pencegahan untuk mengelakkan aktivitinya daripada disalahgunakan sebagai saluran bagi aktiviti pengubahan wang haram atau pembiayaan keganasan.

BNM menjelaskan bahawa QMSB adalah institusi pelapor di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Syarikat itu berurusan dengan logam atau batu berharga, iaitu aktiviti yang disenaraikan sebagai perkara 24 di bawah Bahagian 1 dalam Jadual Pertama AMLA bersama-sama dengan sektor perniagaan dan profesion bukan kewangan yang ditentukan yang lain seperti peguam, akauntan, syarikat amanah dan setiausaha syarikat, tambah bank pusat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BNM Quantum Metal

Walau bagaimanapun, dengan status QSMB sebagai institusi pelapor, itu tidak bermakna produk dan aktiviti perniagaannya seperti produk dan dagangan emas adalah didaftarkan, diluluskan atau dilesenkan di bawah undang-undang yang ditadbir oleh BNM

“Sebarang dakwaan bahawa aktiviti QMSB diluluskan dan dilesenkan oleh BNM, secara tidak langsung atau tidak langsung, adalah tidak benar,”menurut kenyataan BNM pada Isnin.

BNM Quantum Metal

Artikel lain: AEON Bank, Bank Digital Pertama Patuh Syariah Di Malaysia

Jelas BNM, kenyataan itu bertujuan bagi menjelaskan beberapa dakwaan dan salah nyata fakta yang tular menerusi domain awam berhubung dengan urusan QMSB.

“BNM ingin menjelaskan bahawa sebarang aliran masuk dana ke dalam negara kecuali untuk tujuan peminjaman luar pesisir yang melebihi had tertentu yang diperuntukan di bawah dasar pertukaran asing tidak memerlukan pengesahan dan kelulusan daripada BNM terlebih dahulu.
“Tiada sesiapa pun yang boleh menyalahgunakan nama dan urusan surat-menyurat BNM sehingga boleh mengundang salah faham bahawa produk atau perkhidmatan mereka diluluskan oleh BNM.
“Dakwaan mempunyai kaitan dengan BNM oleh mana-mana entiti atau individu tidak seharusnya dijadikan satu-satunya pertimbangan bagi menentukan kesahihan perniagaan terbabit,” menurut bank pusat.

BNM Quantum Metal

Dalam pada itu, BNM turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada ketika membuat sebarang keputusan mengenai pelaburan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebarang aktiviti kewangan yag disyaki dilakukan tanpa kebenaran hendaklah dilaporkan kepada pihak penguat kuasa undang-undang yang berkaitan.

Sumber: FB Bank Negara Malaysia

+ posts

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Semangat kelab pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menunjukkan sikap profesional dan komited untuk meneruskan perlawanan meraih pujian Menteri Besar (MB) Johor. Menerusi perkongsian...

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Nasional

Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) dianjurkan bagi mengumpulkan pakar-pakar tersohor dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI), universiti, industri, agensi-agensi...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd