Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nahas UPSI: Gagal Patuhi Syarat Lesen, Syarikat Bas Dikenakan Denda RM20,000

Mahkamah Majistret Gerik menjatuhkan hukuman denda RM20,000 kepada syarikat pengangkutan, Kenari Utara Travel & Tours Sdn. Bhd selepas mengaku bersalah menjual sebuah bas persiaran bernombor pendaftaran PLD 8892 serta menyewakan permit operasi bas itu kepada Noreen Maju Trading, sebuah entiti yang didapati menjalankan aktiviti pelancongan tanpa lesen sah di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).

Syarikat bas disabitkan dua kesalahan

Menurut laporan Harian Metro, bas tersebut sebelum ini digunakan oleh Noreen Maju Trading dan terbabit dalam kemalangan maut di Gerik, Perak, pada 9 Jun lalu ketika membawa sekumpulan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pulang ke kampus mereka di Tanjong Malim.

bas

Hukuman tersebut dijatuhkan pada 3 November lalu selepas syarikat berkenaan disabitkan atas dua pertuduhan di bawah Peraturan 6(1)(f) Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan 1992 kerana melanggar syarat lesen yang melarang sebarang bentuk kerjasama atau urus niaga dengan pihak tidak berlesen.

Artikel lain: Nahas UPSI: Pemandu Bas Mengaku Tak Bersalah Pandu Secara Berbahaya, Melulu

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut kenyataan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), mahkamah telah menetapkan denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan, dengan kegagalan menjelaskan bayaran boleh membawa hukuman penjara maksimum lima tahun.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Zulaikha Mahadi bersama Pegawai Pendakwa MOTAC, Nurul Hidayah Aman.

“MOTAC menegaskan bahawa sebarang pelanggaran di bawah Akta 482 merupakan kesalahan serius yang boleh mengancam keselamatan serta mencemarkan reputasi industri pelancongan negara. Kementerian akan terus mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang,” katanya.

bas

Dalam kejadian awal pagi 9 Jun lalu, 15 pelajar UPSI terkorban apabila bas sewa khas yang membawa mereka dari Jertih, Terengganu menuju ke kampus utama di Tanjong Malim terlibat dalam nahas di Jalan Raya Timur–Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Tragedi itu turut menyebabkan 33 lagi individu cedera, termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro 

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Sosial

Video seorang lelaki dipercayai suami yang terjerit-jerit di hadapan sebuah restoran makanan segera, tempat isterinya bekerja tular di media sosial sehingga mengundang kecaman netizen....

Sosial

Tindakan sekumpulan pelancong yang dipercayai dari Malaysia mencetuskan kemarahan ramai selepas didakwa menghina penduduk tempatan ketika bercuti di China. Tutup hidung dan menjerit-jerit di...

Sosial

Pasangan suami isteri yang tular selepas dipercayai bertengkar di sebuah restoran makanan segera di Senai tampil menjelaskan keadaan sebenar bagi menepis pelbagai spekulasi yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd