Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelajar Tingkatan 4 Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Ambil Wuduk Di Sekolah

Seorang pelajar Tingkatan Empat maut, manakala seorang pelajar Tingkatan Tiga parah selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika hendak mengambil wuduk di sebuah sekolah menengah di Daro, Bahagian Mukah, malam tadi.

Mangsa berusia 16 tahun maut di tempat kejadian

Memetik laporan daripada Bernama, Ketua Polis Daerah Matu Daro, Rahim Mihos berkata pihaknya menerima makluman daripada pihak sekolah kira-kira jam 8 malam berhubung kejadian yang berlaku ketika tiga pelajar lelaki berada di kawasan mengambil wuduk.

Beliau berkata mangsa berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Seorang lagi mangsa berusia 15 tahun yang juga pelajar Tingkatan Tiga pula mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Daro sebelum dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sibu, untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rahim berkata, seorang lagi pelajar lelaki berusia 15 tahun yang turut berada di lokasi kejadian bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, beliau berkata pihak Sarawak Energy Berhad telah dimaklumkan supaya memutuskan bekalan elektrik bagi memastikan keadaan di lokasi kejadian adalah selamat.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Daro untuk tindakan lanjut dan kes masih dalam siasatan.

Sumber: Bernama

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd