Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kapal Tam Tam Disabotaj Tentera Tanah Haram, 175 Aktivis GSF 2.0 Diculik

Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan setakat 7 malam waktu Malaysia, kapal Tam Tam tidak dipintas, namun dirosakkan oleh rejim Israel, dengan semua aktivis di dalamnya berada dalam keadaan selamat.

Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, perkembangan itu menjadikan 21 kapal misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 disahkan telah dipintas ketika berada kira-kira 80 batu nautika menghampiri perairan Greece.

Beliau berkata, terdapat 30 kapal lain tidak ditahan dan meneruskan pelayaran serta selamat menghampiri perairan Greece.

“SNCC mengesahkan Thiago Avila dan Saif Abukeshek antara Steering Committee GSF yang turut dipintas dalam satu tindakan yang bersifat ugutan serta bertujuan melumpuhkan keseluruhan misi,” katanya menerusi kenyataan di Facebook rasmi SNCC.

Selain itu, SNCC memaklumkan sebanyak 175 aktivis telah diculik dan dibawa ke Israel menggunakan kapal laut milik rejim Zionis termasuk 10 rakyat Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“SNCC turut memaklumkan Ahmad Faezal (pempengaruh media sosial dan penganalisis geopolitik) telah mengalami demam panas dan terpaksa menarik diri di Pelabuhan Sicily, Itali dan telah selamat tiba di Malaysia,” katanya.

Artikel lain: 11 Kapal GSF 2.0 Terputus Hubungan, Didakwa 7 Telah Dipintas Tentera Negara Haram

Sani Araby memaklumkan beliau telah menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan sokongan penuh bagi memudah cara proses membawa keluar rakyat Malaysia serta mengecam tindakan Israel yang didakwa mencabul undang-undang maritim antarabangsa.

“Perdana Menteri turut memaklumkan beliau akan berusaha berhubung dengan rakan sejawatan dari negara Eropah, Turkiye serta negara serantau bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin dan mengusahakan pembebasan mereka secepat mungkin,” katanya.

Terdahulu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan satu daripada 22 kapal misi kemanusiaan GSF 2.0 yang dipintas tentera Israel di perairan antarabangsa ketika dalam perjalanan ke Gaza berjaya dihubungi setakat 7 malam ini.

Beliau berkata, kapal dikenali sebagai Tam Tam sebelum ini terputus hubungan selama lebih 10 jam selepas alat komunikasi dan enjinnya disabotaj.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang remaja lelaki dalam kemalangan yang...

Sosial

Sebuah kedai scones popular di Cameron Highlands menjadi perhatian ramai selepas tular beberapa tangkap layar di platform Threads yang didakwa melibatkan interaksi akaun media...

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Dunia

Polis kini sedang mengesan anak kepada seorang wanita berusia 63 tahun yang ditahan di Nigeria selepas dipercayai cuba menyeludup 31 kilogram (kg) dadah jenis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd