Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Suruhanjaya Tenaga Lupuskan 4,386 Barangan Rampasan Bernilai Lebih RM250,000 Di Klang

Suruhanjaya Tenaga (ST) berjaya lupuskan sejumlah 4,386 barangan rampasan bernilai lebih RM250,000 bagi kes-kes di Semenanjung Malaysia di sebuah pusat pembuangan dan pelupusan logam di Klang Central Industrial Park, Klang pada Khamis.

Proses pelupusan ini telah melibatkan beberapa kes termasuk Ops Curi Elektrik yang melibatkan 30 kertas, Ops Kelengkapan Elektrik yang melibatkan 10 kertas siasatan, Ops Gas yang melibatkan 1 kertas siasatan, Kes Kemalangan Elektrik yang melibatkan 27 kertas siasatan dan Aduan yang melibatkan 1 kertas siasatan.

Suruhanjaya Tenaga lupuskan 4,386 barangan rampasan

Suruhanjaya Tenaga Lupuskan Barangan Rampasan

Pelupusan barang rampasan ini dilakukan berdasarkan arahan Timbalan Pendakwa Raya di bawah Seksyen 406A Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) yang melibatkan 69 kertas siasatan yang telah selesai melalui proses mahkamah dan kompaun.

Sementara itu, ST telah melantik sebuah syarikat berlesen dengan Jabatan Alam Sekitar bagi memastikan pelaksanaan sistem pengurusan e-waste ini dilaksanakan secara lestari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini bagi mematuhi keperluan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Suruhanjaya Tenaga Lupuskan Barangan Rampasan

Dalam pada itu, pengurusan barangan rampasan ini telah melibatkan proses pengasingan (segregation) kepada beberapa kategori iaitu sisa terjadual (schedule waste), sisa yang boleh dikitar semula (recyclable waste) dan sampah (rubbish).

Menurut pihak syarikat, barangan rampasan ini akan dihantar kepada pembeli serta ke fasiliti pemprosesan lengkap (full recovery facilities) berdasarkan pengasingan yang dilaksanakan.

Artikel lain: Musim Banjir: Suruhanjaya Tenaga Nasihat Utamakan Keselamatan Elektrik, Gas

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebagai info, proses pelupusan barangan rampasan tersebut turut disaksikan oleh Timbalan Pengarah Unit Penyiasatan ST, Nik Mohd Bakhry Abu Bakar.

Suruhanjaya Tenaga Lupuskan Barangan Rampasan

Untuk maklumat lanjut berkenaan perkara ini, sila layari laman sesawang ST di http://www.st.gov.my/ atau hubungi ST di talian 03-8870 8500.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Nasional

Di sebalik seragam dan disiplin ketenteraan, tersimpan impian yang selama ini mungkin tertangguh demi tugas dan negara. Kini menerusi program Work-Based Learning (WBL) Kementerian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd