Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Sunyi Tanpa Operasi, FGV Dairy Farm Didakwa Tutup Sepenuhnya? – “Sebuah Jenama FELDA Yang Tumbang”

Syarikat pengeluar produk tenusu segar, FGV Dairy Farm Sdn Bhd didakwa telah menghentikan operasi sepenuhnya sejak lebih dua tahun lalu.

Dakwaan itu dibuat oleh sebuah akaun Facebook dikenali sebagai Halal Inquiry menerusi satu hantaran, yang turut memaparkan video tinjauan ke lokasi syarikat berkenaan dipercayai di Pedas, Linggi.

Menurut perkongsian tersebut, kawasan premis kini berada dalam keadaan terbiar dan sunyi tanpa sebarang aktiviti operasi.

“FGV Dairy Farm disahkan sudah tutup sepenuhnya. Tinjauan kami mendapati kawasan ini sepi,” menurut hantaran itu pada Selasa.

Dalam video yang dimuat naik, pihak Halal Inquiry turut menemui seorang pengawal keselamatan yang mendakwa premis itu telah lama tidak beroperasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengawal itu mendakwa syarikat berkenaan sudah ditutup lebih dua tahun dan kini berdepan proses mahkamah melibatkan isu kebankrapan serta masalah dalaman.

Selain itu, beliau turut mendakwa kira-kira RM15 juta dana FELDA telah mengalami kerugian, manakala kawasan ladang tersebut dianggarkan meliputi keluasan kira-kira satu kilometer persegi.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak FGV berhubung dakwaan terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd