Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Sultan Johor Rasmikan Menara HASiL Kluang

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mencemar duli bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Menara HASiL Kluang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) di Kluang, Johor hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, Datuk Dr. Mohd Nizom Sairi berkata, menara tersebut adalah untuk meraikan bangunan baharu HASiL.

Foto: Facebook HASiL

Mohd Nizom berkata, Menara HASiL Kluang merupakan usaha HASiL dalam memperkasakan pentadbiran percukaian yang lebih cekap dan profesional.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“HASiL yakin elemen Awareness, Education and Services (A.E.S) akan dapat diterapkan dengan lebih efisien kepada pembayar cukai termasuklah penduduk di negeri Johor,” katanya.

Sultan Johor rasmikan Menara HASiL Kluang

Foto: Facebook HASiL

Majlis perasmian ini turut disertai barisan kepimpinan negeri Johor serta pengurusan tertinggi HASiL dengan kehadiran hampir 700 orang tetamu jemputan.

Artikel lain: Suruhanjaya Tenaga Anjur EE Challenge, Budayakan Aktiviti Jimat Elektrik Di Sekolah

Dalam pada itu, bangunan lapan tingkat ini telah mendapat pensijilan Indeks Bangunan Hijau (GBI) yang pertama di daerah Kluang dan diiktiraf berdasarkan konsep kelestarian serta penggunaan sumber yang cekap.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Facebook HASiL

Menara HASiL Kluang mula dibina pada 27 Oktober 2016 dan siap sepenuhnya pada 8 April 2019 sebelum diserahkan kepada HASiL.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala...

Sukan

Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun mengakui beliau kurang berpuas hati apabila Malaysia muncul juara Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026...

Sukan

Penolong pengurus skuad sepak takraw Thailand, Rattadech Noijaroen, meluahkan rasa kecewa susulan insiden kontroversi yang mencemari aksi Piala Dunia ISTAF di Stadium Titiwangsa malam...

Dunia

YouTuber Indonesia, Frans Sanjaya bersama seorang pekerja muzium dikenali sebagai Sadan tampil memohon maaf selepas kenyataan mereka mengenai siri animasi popular Upin & Ipin...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd