Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Sudah Melampau! Senator AS Fail Usul Pecat Trump, Dakwa Ancam Negara

Seorang penggubal undang-undang Amerika Syarikat, John Larson pada Selasa mengumumkan beliau telah memfailkan artikel pemecatan terhadap Presiden Donald Trump berikutan kebimbangan terhadap tingkah laku serta pengendalian beliau dalam konflik dengan Iran.

Trump langkaui setiap syarat

Menurut laporan Anadolu Ajansi, Larson menegaskan Trump semakin tidak stabil dan membahayakan keselamatan serta kesejahteraan rakyat Amerika, selain menggesa Kabinet mengaktifkan Pindaan ke-25 Perlembagaan bagi menyingkirkannya daripada jawatan.

“Donald Trump telah melangkaui setiap syarat untuk disingkirkan daripada jawatan dan keadaan semakin buruk,” kata Larson sambil mengkritik apa yang disifatkannya sebagai ‘perang haram di Iran’ dan memberi amaran mengenai kesannya terhadap nyawa rakyat Amerika serta ekonomi.

Beberapa lagi ahli Demokrat desak singkir Trump

Walaupun Trump mengumumkan penggantungan selama dua minggu terhadap tindakan ketenteraan ke atas Iran, beberapa ahli Demokrat terus mendesak penyingkiran beliau atas dakwaan ancaman jenayah perang, keputusan melulu dan ketidaklayakan memimpin.

Ketua Minoriti Senat, Chuck Schumer, mengakui lega dengan gencatan senjata, namun mengkritik kenyataan Trump yang disifatkan sebagai retorik tidak masuk akal sambil menyeru pemantauan berterusan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Senator Ed Markey pula menegaskan gencatan senjata tidak membebaskan presiden daripada tanggungjawab dan menggesa Kongres bertindak segera bagi menghentikan permusuhan serta mengambil langkah penyingkiran.

Seksyen 4 Pindaan ke-25 memberi kuasa kepada naib presiden bersama majoriti Kabinet untuk menentukan sama ada presiden tidak mampu menjalankan tugas, membolehkan pemangku presiden mengambil alih kuasa serta-merta.

Sumber: Anadolu Ajansi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Nara Smith, mendedahkan anak perempuannya yang berusia dua tahun, Whimsey, disahkan menghidap kanser selepas menjalani beberapa siri pemeriksaan kesihatan pada penghujung...

Lokal

Persatuan majikan menyatakan kesediaan untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada pelarian Rohingya dalam sektor 3D (kotor, berbahaya dan sukar) sekiranya kerajaan membenarkan mereka bekerja secara...

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil memberikan penjelasan susulan kontroversi yang tular sejak semalam dengan memohon orang ramai agar tidak terus membuat andaian atau...

Lokal

Seorang lelaki warga Indonesia ditemukan rentung dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah dua tingkat di Kampung Bayu Permai, Beluran, hari ini. Ditemui rentung dalam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd