Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mahu Ambil Ubat Di Hospital, Suami Isteri Maut Motosikal Dirempuh Lori

Pasangan warga emas maut selepas motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah lori di bulatan berhampiran Hospital Jitra, pagi tadi.

Suami Isteri sempat singgah pasar sebelum maut

Menurut laporan Harian Metro, mangsa, Megat Yahya Megat Ahmad, 65, dan isterinya, Khoriyah Kassim, 60, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas terperosok di bawah kenderaan berat itu. Difahamkan, pasangan yang menetap di Kampung Kepala Batu itu dalam perjalanan ke Hospital Jitra untuk mengambil ubat.

maut

Foto: FB Mohd Kamal

Artikel lain: Hasrat Ke Masjid Tidak Kesampaian, Jurutera Maut Langgar Babi

Menurut anak saudara mangsa, Megat Asrul Najmi Megat Hamid, 20, dia sempat bertemu arwah bapa saudaranya kira-kira sejam sebelum kejadian ketika di pasar.

“Arwah datang beli ikan, sempat cuit bahu saya tapi tak kata apa-apa. Tidak lama lepas itu, saya nampak berita kemalangan di media sosial, rupanya bapa saudara dan ibu saudara saya yang terlibat,” katanya.

Seorang peniaga di Pasar Jitra pula memaklumkan arwah datang membeli ikan sekitar jam 8.30 pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya ada bagi beberapa ekor ikan tanpa ambil bayaran. Lepas tu dia terus pulang, isteri arwah tunggu di motosikal,” jelasnya.
maut

Foto: FB Mohd Kamal

Sementara itu, adik kepada Khoriyah, Naemah Kassim, 50, berkata pemergian kakaknya amat mengejutkan kerana baru sahaja bertemu dua hari lalu.

“Kami ke Stesen Bas Bandar Darulaman untuk hantar anak mereka yang ditawarkan kerja di INTAN, Selangor. Kakak juga ada mengadu tak sihat sejak beberapa hari lalu,” ujarnya.

Adik arwah, Megat Hamid, 64, pula berkata abangnya tidak menunjukkan sebarang tanda sebelum kejadian.

maut

Foto: FB Mohd Kamal

“Cuma dia nampak lebih senyap daripada biasa. Kami reda dengan pemergian abang dan kakak ipar,” jelasnya.

Jenazah kedua-dua mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banai, Wang Tepus selepas selesai urusan di Unit Forensik Hospital Jitra.

Sumber: Harian Metro (Zuliaty Zulkiffli)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Sebuah kedai scones popular di Cameron Highlands menjadi perhatian ramai selepas tular beberapa tangkap layar di platform Threads yang didakwa melibatkan interaksi akaun media...

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Sukan

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah menyifatkan Muhammad Hakim Danish Ramli sebagai antara prospek terbaik sukan permotoran negara ketika ini kerana memiliki kemampuan untuk bersaing...

Sukan

Penyerang import berbisa, Heberty Fernandes sah menamatkan perkhidmatannya bersama juara Liga Super 12 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT), selepas hampir tiga musim menyarung...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd