Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

SPRM Ketatkan Syarat Naik Pangkat, BMI Tak Lebih 27 Bermula 2026

Warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini ada insentif baharu untuk menjaga kesihatan, penurunan berat badan sekurang-kurangnya lima peratus boleh diambil kira sebagai pertimbangan naik pangkat.

sprm

Sekadar gambar hiasan

Sekurang-kurangnya turun berat badan untuk naik pangkat

Memetik laporan daripada Harian Metro, langkah itu dibuat susulan cadangan Presiden Persatuan Obesiti Malaysia (MYOS), Prof Dr Rohana Abdul Ghani dan pakar kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Barakatun Nisak Mohd Yusof, yang mahu usaha menurunkan berat badan oleh pegawai dengan indeks jisim badan (BMI) tinggi diberi pengiktirafan.

“SPRM komited untuk melaksanakan program itu bagi memperkukuh disiplin kendiri warga kerja SPRM, selain membanteras masalah obesiti dalam kalangan penjawat awam.
“Sebagai agensi utama dalam penguatkuasaan dan integriti negara, SPRM menitikberatkan tahap kesihatan fizikal serta mental warga kerja,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

BMI lebih 27 tiada pertimbangan untuk naik pangkat

SPRM juga akan menjalin kerjasama dengan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM serta MYOS untuk melaksanakan program kesedaran pengurusan berat badan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jadi, bermula Januari 2026, pegawai dan anggota yang memiliki BMI melebihi 27 atau gagal mengekalkannya tidak akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat.

naik pangkat

Artikel lain: BMI Bawah 28 Antara Syarat Baru Untuk Kenaikan Pangkat Polis – KPN

Sebagai motivasi tambahan, SPRM bakal mengadakan Lose Weight Challenge dengan ganjaran lumayan untuk mereka yang berjaya menurunkan berat badan mengikut kriteria ditetapkan.

Langkah ini diharap dapat memastikan keterampilan dan kecergasan warga SPRM sentiasa berada pada tahap terbaik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Raja Noraina Raja Rahim)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd