Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

SPRM Beku Akaun Peribadi, Syarikat Pemilik FashionValet Bernilai Hampir RM1.1 Juta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beku beberapa akaun bank peribadi dan syarikat pemilik platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar yang bernilai kira-kira RM1.1 juta.

Memetik laporan Astro Awani, pembekuan ini susulan siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM terhadap pasangan tersebut berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.

SPRM beku akaun peribadi dan syarikat pemilik FashionValet

SPRM Beku Akaun Peribadi Pemilik FashionValet

Menurut sumber, sejak siasatan dijalankan, SPRM menerusi Op Favish telah membekukan kira-kira 11 akaun persendirian dan enam akaun syarikat di bawah seliaan pasangan tersebut pasangan itu yang bernilai hampir RM1.1 juta bagi membantu siasatan.

“Selain itu, SPRM juga telah merakam beberapa keterangan individu penting yang terdiri daripada pegawai kanan Khazanah, PNB, FashionValet, akauntan, penilai syarikat dan ‘introducer’ (pencadang)” kata sumber tersebut.

Artikel lain: Pegawai SPRM Didakwa Atas Pertuduhan Salah Guna Wang Sitaan Berjumlah RM613,000

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan pembekuan akaun itu disamping berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

SPRM Beku Akaun Peribadi Pemilik FashionValet

Pada Isnin, SPRM secara serentak telah menyerbu FashionValet Sdn Bhd, Kementerian Kewangan (MOF), Khazanah dan PND serta memperoleh dokumen berkaitan kewangan yang boleh membantu siasatan.

Sumber: Astro Awani

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd